Drama komedi bertajuk Black Belt Kaler Pink yang dibintangi oleh Aaron Aziz, Kamal Adli, Aiman Hakim Ridza, dan Farali Khan merupakan drama bersiri terbitan Global Station Sdn Bhd arahan Riza Baharudin.
PELAKON :
Farali Khan sebagai Timora
Aaron Aziz sebagai Ash
Kamal Adli sebagai Burn
Aiman Hakim Ridza sebagai King
Shahz Jaszle sebagai Ustaz Salam
Ekin Kamarudin sebagai Farah
Dafi sebagai Rentong
Mia Nasir sebagai Tasha
Kay Khydir sebagai Adam
SINOPSIS BLACK BELT KALER PINK :
Drama ini mengisahkan dua orang lelaki yang berbadan tegap iaitu Ash (Aaron Aziz) dan Burn (Kamal Adli) yang terpaksa menjadi pengawal peribadi kepada Timora (Farali Khan). Walaupun mereka berbadan tegap, mereka mempunyai sifat yang lembut di setiap hati mereka. Di samping itu, hobi mereka adalah memasak, membakar kuih, menanam pokok-pokok bunga dan menonton drama-drama Korea. Mereka juga takut akan cicak dan memakai stokin yang berwarna ungu atau merah jambu.
Bahan-Bahan:
2 keping dada ayam
1/4 cawan kicap soya cair
2 sudu besar cuka makan
1 sudu besar parutan halus halia
2 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar gula perang atau gula putih
Sedikit minyak masak
Bijan
Daun bawang
Cili merah, jika suka
Cara Penyediaan:
1) Bersihkan dada ayam, hiris memanjang setebal anggaran 1/2cm.
2) Dalam mangkuk, gaulkan dada ayam bersama kicap soya cair, cuka makan, parutan halia, minyak bijan dan gula. Perap selama 15 minit.
3) Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Angkat dada ayam dan susun di dalam kuali. Ketepikan sos perapan kerana akan dimasak kemudian.
4) Biarkan ayam masak sebelah bawah dengan sedikit tanda grill, kemudian alihkan. Angkat setelah ayam masak.
5) Dalam kuali yang sama, masak sos perapan sehingga mendidih dan sedikit pekat. Tambah sedikit air jika kuah terlalu kering. Tuang sos ke atas ayam tadi.
6) Taburkan bersama bijan yang disangai, daun bawang dan cili. Hidang bersama nasi putih panas.
Tips:
Jangan masak ayam terlalu lama kerana isi ayam akan menjadi keras dan kurang berjus.
Sumber


