Tonton / Download Drama Pembancuh Kopi Mr Vampire


Drama adaptasi novel Kopi Mr Vampire karya Aii Fariza. Drama arahan Eyra Rahman ini menampilkan lakonan Ungku Ismail Aziz dan Nazeera Sardi sebagai pelakon utama. 

PELAKON :

Ungku Ismail Aziz sebagai Alif Irsyad
Nazeera Sardi sebagai Nuzul Filzah
Lia Natalia sebagai Nuha Filzah
Aizat Hassan sebagai Irham
Fatin Afeefa sebagai Nurin Filzah
Amanda Hariz sebagai  Nazeera
Shahronizam sebagai Tan Sri Jefri
Sharifah Shahora sebagai Puan Sri Ayuni
Ellyas Abdullah sebagai  Safwan
Adam Shahz sebagai Saiful
Serina Redzuawan sebagai Datin Maizah
Dayang Areeda seagai Irina
Shima Anuar sebagai Laila
Fahmy Reza sebagai Megat Benjamin

SINOPSIS PEMBANCUH KOPI MR.VAMPIRE :

Selaku CEO, Alif Irsyad tidak pernah mengimpikan jatuh cinta pada seorang waitress. Teori Irsyad mudah. Gadis biasa seperti Nuzul tidak layak digandingkan bersamanya. Alif Irsyad dengan yakin memberitahu rakannya Saiful bahawa dia tidak mudah jatuh cinta lebih-lebih lagi kepada perempuan yang tidak setaraf. Tetapi kata-kata tersebut memakan dirinya kerana dia mula jatuh cinta kepada Nuzul, pekerja kafe Saiful dan merupakan kawan baik isterinya, Laila. Pada mulanya Alif Irsyad menidakkan perasaannya pada Nuzul namun makin dielak makin menjadi-menjadi lalu diluahkan perasaannya itu kepada Nuzul. Bermulalah kisah suka duka antara mereka berdua. 

You Might Also Like

2 comment

  1. ramai cakap cite ni best. nak tgk la nanti. hehe

    ReplyDelete
  2. best, saya tengok dekat hypp tv. jgn lupa tengok ye :)

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90