10 Makanan Yang Perlu Dicuba Semasa Di Kelantan

April 30, 2016


Kalau korang nak travel ke kelantan, pastikan korang merasa semua makanan ini. Nasi kerabu tu senang je nak dapatkan tapi yang paling best nasi kerabu dekat ketereh. Nasi tumpang/nasi tupe yang sedap adalah dekat tepi bangunan pencegah rasuah kota bharu, tapi dia jual malam sahaja dalam pukul 9 macam tu. Yang tu paling sedap aku pernah rasa. 

Pencuci mulut di kelantan kebanyakannya manis tetapi sedap terutama jala mas tu, memang kegemaran aku. Selamat mencuba.


Nasi Kerabu

Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, daging bakar, telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan.



Laksam
Laksam diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah.




Nasi Tumpang
Nasi Tupe atau nasi tumpang merupakan sejenis makanan tradisional Kelantan. Ia merupakan sejenis nasi bungkus yang mempunyai nasi lembut macam nasi himpit, tapi dibungkus dengan daun pisang berbentuk kon. Dalam kon dicampur dengan lauk serta sambalnya sekali.



Lompat Tikam
Kuih lompat tikam mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan tepung yang biasanya bewarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang bewarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air nisan atau gula kabung.



Kuih Tahi Itik
Kuih tahi itik dibuat serentak dengan kuih jala mas atau kuih pauh dilayang, kerana kedua kuih tersebut menggunakan kuning telur, sementara tahi itik menggunakan putih telur.



Kuih Jala Mas
Kuih jala mas merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula, sama seperti kuih mas sejemput, tetapi mempunyai cara penyediaan dan rupa yang berbeza.


Akok Kedut
Kuih akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Pada kebiasaannya akok nisan bewarna gelap, sementara akok daun pandan dan akok Kemboja bewarna hijau pucat. Akok berlauk mempunyai bentuk tekstur berspan



Assam Gumpal
Kuih asam gumpal merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan sagu mata ikan/ sagu biji dengan inti dan dimasak dalam kuah santan



Ketupat Sotong
Ketupat sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat adalah sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan.


Etok
Etok ni akan diperap terlebih dahulu dengan garam, halia dan serai. Kemudian etok akan disalai sehingga masak.

>> 8 Port Makan Unik Dan Berpatutan Yang Korang Mesti Cuba At Least Sekali Seumur Hidup! <<

You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90

Like us on Facebook

INSTAGRAM