Drama Ariana Rose




Ariana Rose adalah drama Melayu adaptasi daripada novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose , terbitan Pena Creative Sdn. Bhd. dan ditayangkan di TV3 pada 2013. Drama ini dibintangi oleh Keith Foo dan Fathia Latiff sebagai watak utama.

Genre : Drama Cinta
Pengarah : Raja Ahmad Alauddin
Rating : 4.6 juta penonton
Skrip : Sofia Eliza
Siaran : Slot Akasia TV3
Tempoh siaran : Isnin - Khamis, 7.00 petang
Mula Ditayangkan : 30 Disember 2013

Sinopsis

Ia mengisahkan Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita setuju untuk berlakon sebagai gadis yang pernah menjadi girlfriend Tengku Adam Kamil. Tengku Juwita sebenarnya tidak mahu berkahwin dengan Tengku Adam Kamil, lalu dia mencadangkan agar Ariana berlakon sebagai wedding breaker. Perkahwinan tersebut dibatalkan dan maruah keluarga Tengku Adam Kamil telah tercalar.

Berang dengan keadaan itu, Tengku Adam mengupah spy peribadi untuk menyiasat siapa Ariana Rose.Tengku Kamil cuba mengetahui siapa dalangnya,namun Ariana tegar untuk tidak memberitahu. Tengku Kamil akhirnya meragut kesucian Ariana dan disebabkan itu, Ariana memberitahu kisah sebenar. Sejak itu, Ariana membenci Tengku Kamil.

Untuk melupakan sejarah hitam itu.Ariana mula melakukan kerja-kerja amal.Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang besar dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja. Tengku Adam mula jatuh cinta pada Ariana namun di pihak Ariana adah sebaliknya. Malah dia semakin membenci Tengku Adam.

Ariana Rose dipinang oleh keluarga Tengku Adam tanpa pengetahuan Tengku Adam dan Ariana menerima lamaran tersebut .Disebabkan kecewa lamarannya ditolak Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah. Bila pulang, dia mendapati, yang dia akan berkahwin dengan Ariana-gadis yang dicintai.Ariana juga tidak tahu siapa bakal suaminya hinggalah pada hari penikahan.Ariana terkejut tapi dia menerima suaminya dengan perasaan terbuka apatah lagi melihatkan suaminya telah banyak berubah.


Pelakon

  • Fathia Latiff sebagai Ariana Rose
  • Keith Foo sebagai Adam Mukhriz
  • Ziela Jalil sebagai Datin Asra
  • Liza Abdullah sebagai Tengku Lisdania
  • Ann Dollah sebagai Zariah
  • Nabila Huda sebagai Liyana
  • Mustapha Kamal sebagai Tengku Mukhriz
  • Hisyam Hamid sebagai Harith
  • Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Dato' Wan Jusoh
  • Arja Lee sebagai Ramzul
  • Jonathan Putra sebagai Samuel/Daniel
  • Syatilla Melvin sebagai Sophie

Lagu Tema Ariana Rose

Lagu : Di Pintu Syurga
Penyanyi : Dayang Nurfaizah


You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90