7 Tips Membaca Buku


Siapa suka baca buku tapi susah cari masa untuk membaca? Aku nak kongsi beberapa tips untuk membaca buku dari Austin Kleon bagi sesiapa yang ingin membaca lebih banyak buku pada setiap tahun.

1. Jauhkan telefon pintar (atau gajet lain) dari anda ketika mahu mula membaca.

2. Sediakan bajet khusus untuk membeli buku yang anda mahu baca dan letakkan buku tersebut di tempat yang anda lalu lalang setiap hari di rumah supaya tidak lupa.

3. Bawa sebuah buku bersama-sama anda walau ke mana jua anda pergi setiap hari.

4. Jika tidak berasa seronok ketika membaca atau mempelajari sesuatu dari sesebuah buku, usah paksa diri anda. Cari buku lain untuk dibaca.

5. Tetapkan satu jam dalam sehari untuk membaca bacaan bukan fiksyen terutama ketika dalam perjalanan atau waktu rehat tengah hari.

6. Masuk ke dalam bilik tidur satu jam lebih awal dari kebiasaan untuk membaca buku fiksyen (supaya anda lebih senang tidur).

7. Tulis tentang buku yang anda baca dan kongsikannya dengan orang lain. Ini akan menggalakkan orang lain (seperti penerbit) menghantar lebih banyak buku kepada anda untuk dibaca.

Aku pun suka sangat baca buku tapi halangan paling besar adalah gadget contohnya macam laptop ni, memang betul betul mengganggu sangat.

Anda ada tip-tip tersendiri yang mahu dikongsi supaya lebih ramai orang mendapat manfaat? Kongsikan di bahagian komen di bawah!

You Might Also Like

3 comment

  1. 4 slalunya yg mmbuatkan keterbantutan nk habeskan sbuag bku --'

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing . memang kena praktik kann !

    ReplyDelete
  3. selalu buat nombor 3. haha. btw best entry nih!

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90