#MOVIEREVIEW : Finding Dory


Finding Dory merupakan filem yang dihasilkan oleh Pixar Animation Studios dan dikeluarkan oleh Walt Disney Pictures. Diarahkan oleh Andrew Stanton dan filem ini adalah sekual Finding Nemo pada tahun 2013. Filem ini menumpukan kepada Dory yang mempunyai 'short-term memory loss' dalam pencarian keluarganya.

Pelakon Suara :

Ellen DeGeneres sebagai Dory
Albert Brooks sebagai Marlin
Ed O'Neill sebagai Hank
Kaitlin Olson sebagai Destiny
Hayden Rolence sebagai Nemo
Ty Burrell sebagai Bailey
Diane Keaton sebagai Jenny
Eugene Levy sebagai Charlie

Sinopsis Finding Dory :

Dory kehilangan ibubapanya ketika masih kecil dan setahun selepas Marlin menemui Nemo, Dory banyak membantu Marlin dalam membesarkan Nemo di kawasan batu karang mereka. Satu hari semasa dalam pelajaran di kelas Nemo, Dory mengimbas kembali zaman kanak-kanak bahawa dia mempunyai keluarga. Beliau memutuskan untuk mencari mereka tetapi mendapati kehilangan ingatan jangka pendek dia menjadi halangan. Satu-satunya perkara yang dia ingat adalah bahawa mereka hidup pada Teluk Permata Morro, California. Marlin dan Nemo menemani Dory dalam usaha pencarian ibubapanya. Dengan bantuan Crush si Penyu, mereka menunggang arus air ke California.

Semasa ketibaan mereka di California, Dory tanpa sengaja membangkitkan sotong pemangsa, yang segera mengejar mereka, sotong itu hampir memakan Nemo semasa mengejar. Marlin mendapatkan Nemo anaknya dan selepas itu marah pada Dory kerana hampir menyebabkan Nemo dibunuh. Dory bergerak ke permukaan untuk mendapatkan bantuan dan kemudiannya ditangkap oleh kakitangan dari Marine Life Institute berdekatan selepas terperangkap dalam plastik. Dory dihantar ke bahagian kuarantin dan ditag. Di situ, dia bertemu seekor sotong berkaki tujuh (octopus) yang merupakan seekor sotong yang cepat marah tetapi baik, bernama Hank.

Hank mahu hidup dalam akuarium dan bukannya dilepaskan kembali ke dalam laut, jadi dia bersetuju untuk membantu Dory mencari ibu bapanya dalam pertukaran untuk tag beliau.Dalam satu pameran, Dory bertemu rakan zaman kanak-kanak Destiny, jerung paus rabun jauh yang pernah berkomunikasi dengan Dory melalui paip, dan Bailey, ikan paus beluga yang percaya dia telah kehilangan keupayaannya untuk 'echolocate'.

Baca sinopsis seterusnya >> SINI <<



Selepas teringat ibubapanya, Dory terus memulakan pencarian tanpa memikirkan risiko yang bakal dia hadapi.

Marlin cuba halang tetapi mereka akhirnya turut serta menolong dalam pencarian.

Dory ditangkap oleh kakitangan Marine Life Institute kerana plastik yang melekat pada badannya.

Dory masa kecil

Kawan paip Dory, Destiny,

Dua ekor anjing laut yang buat-buat baik dan seekor yang menyedihkan. (LAWAK PART NI)

Ni la tempat tinggal Dory masa kecil, "Open Ocean" namanya.

Selepas masuk dalam "Open Ocean", Dory terus ke rumahnya tetapi ibubapanya tiada di situ.

Bailey, si beluga.

Dory cari ibubapanya di dalam bilik kuarantin dan terjumpa kawan-kawan ikan lain yang beritahu Dory tentang ibubapanya.

Dory berjumpa kembali ibubapanya di lautan tanpa Marlin dan Nemo.

Memerang ni menolong Dory dalam menyelamatkan Marlin dan Nemo di dalam lori untuk ke Cleveland.

Memerang buka pintu lori gaissss. hahaha

Ok, ni Hank. Dia banyak tolong Dory dalam pencarian ibubapanya.

Akhir sekali, mereka hidup di lautan bersama-sama.

Best ke tidak cerita Finding Dory? Mestilah best, aku memang mengharapkan ada sekuel dari Finding Nemo sebab cerita ni banyak juga moral baiknya. Aku juga dapat menambah ilmu, contohnya aku baru tahu yang beluga ada echolocation dan sotong kurita dengan 7 kaki adalah septopus. Macam-macam lagi yang aku belajar, nanti korang tengok la ye. Hahaha

Rating aku :8/10
Rating IMDB : 7.6/10

Selamat menonton

You Might Also Like

1 comment

  1. macam nak bawa anak tgk tp faham ka dia hahaha anak baru 5 tahun

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90