Tip menjaga hubungan dengan ibu.



Assalamualaikum.. :))





Daripada Anas bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: "Siapa yang menjadikan ibu bapanya redha, maka dia menjadikan Allah redha dan siapa yang menjadikan ibu bapanya marah maka dia telah menjadikan Allah marah (kepadanya)." - (Riwayat Ibnu Najar dalam Tarikh Baghdad).


1.Kamu hendaklah mendengar setiap nasihat yang diberikan oleh ibu. Jangan pernah melawan kata-katanya kerana dikhuatiri ibu terasa hati dan bersedih.

2.Sentiasalah merujuk kepada ibu kamu telebih dahula sekiranya kamu mahu melakukan sesuatu perkara supaya ibu kamu tahu yang kamu sangat memerlukan dia dalam segala hal.

3.Jangan sesekali melukakan hati ibu kamu dengan perkara yang tidak disukainya.

4.Hormati ibu kamu sebagaimana kamu menghormati orang disekeliling kamu. Dengan itu, ibu kamu pastinya merestui segala yang kamu lakukan.

5.Berikan hadiah kepada ibu kamu walaupun tidak mahal, tidak berjenama sebagai tanda penghargaan kepadanya dan menyenangkan hatinya. kamu pasti menjadi anak kebanggaannya.

6.Sayangilah ibu kamu sebagaimana dia telah menjaga kamu dari lahir lagi. :))





You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90