Kebaikan Gerakan Solat




Assalamualaikum :))


Terdapat lebih 600 otot di dalam tubuh kita yang beberapa mengalami  perengangan, pergerakan dan pengenduran semasa gerakan solat.


1. Berdiri
Berdiri tegak dan lurus menjadikan titik tumpuan beban tubuh tertumpu pada kedua dua telapak kaki secara seimbang. Secara ortopedik, rutin ini dapat melatih kekuatan tulang pada kaki dan ekstemiti bawah menerima serta menampung beban tubuh secara rutin.


2.Takbir
Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram memudahkan nafas dihirup. Pada waktu mengangkat tangan, paru paru mengembang dan otot otot diafragma mendatar.


3.Rukuk
Posisi ini pula, memberi tekanan pada pundi kencing oleh tulang belakang. Ini dapat melancarkan proses membuang air kecil dan mencegah gangguan prostat.


4.Sujud
Sujud yang wajib selama 34 kali sehari, menjamin aliran darah ke arah otak, khususnya darah di saluran vena. Ini menyebabkan pengembalian darah menuju jantung lebih mudah.


5.Duduk Iftirasy
Duduk iftirasy menjaga kesihatan sendi dengan mengaktifkan kelenjar peluh yang dilipat pada bahagian paha. Ini mempu mencegah pengapuran dengan mengekuarkan mineral dan garam garam yang mungkin ada pada lipatan paha.


6.Transisi
Pergerakan daripada satu kedudukan ke satu kedudukan lain yang berlaku sekurang kurangnya 85 kali sehari mempengaruhi organ organ pencernaan, sistem kencing, jantung dan saluran darah.


7. Salam
Gerakan salam iaitu memutar kepala ke kanan dan ke kiri berguna bagi merenggangkan otot kepala dan leher.


8.Thuma'ninah
Thuma'ninah atau berhenti seketika. Rutin solat menjadi masa rehat daripada aktiviti rutin dunia sehingga tubuh, hati dan fikiran kita menjadi segar kembali.



You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90