#MOVIEREVIEW : Jungle Book (2016)

October 27, 2016


The Jungle Book adalah sebuah filem pengembaraan fantasi yang diarahkan oleh Jon Favreau, ditulis oleh Justin Marks dan dikeluarkan oleh Walt Disney Pictures. Filem ini memperkenalkan Neel Sethi sebagai Mowgli dan juga mempunyai suara latar Bill Murray, Ben Kingsley, Idris Elba, Lupita Nyong'o, Scarlett Johansson, Giancarlo Esposito, dan Christopher Walken.

Suara latar :

Neel Sethi sebagai Mowgli
Bill Murray sebagai Baloo
Ben Kingsley sebagai Bagheera
Idris Elba sebagai Shere Khan
Lupita Nyong'o sebagai Raksha
Scarlett Johansson sebagai Kaa
Giancarlo Esposito sebagai Akela
Christopher Walken sebagai King Louie
Garry Shandling sebagai Ikki
Brighton Rose sebagai Gray

Sinopsis :

Mengisahkan seorang anak manusia bernama Mowgli dibesarkan oleh serigala iaitu Akela dan Raksha yang dijumpai di dalam hutan semasa masih bayi dan dibawa oleh harimau kumbang iaitu Bagheera. Bagheera melatih Mowgli cara hidup serigala. Mowgli disukai penghuni hutan tersebut kecuali seekor harimau Bengal bernama Shere Khan yang mahukan Mowgli mati.

Pada suatu hari, semasa musim kering, haiwan di hutan berkumpul untuk minum air yang membolehkan hidupan liar hutan itu untuk minum tanpa rasa takut dimakan oleh pemangsa mereka. walaubagaimanapun, keadaan tersebut terganggu apabila Shere Khan tiba- tiba mengesan bau Mowgli di khalayak ramai. Dia mengeluarkan amaran bahawa dia akan membunuh Mowgli pada akhir musim kering kerana Shere Khan geram terhadap apa yang telah terjadi pada dirinya akibat oleh manusia.

Sinopsis seterusnya >>KLIK SINI<<



Ini Akela, dia ketua serigala

Ini pula Raksha, 'the only mother Mowgli know'.

Pada musim kering, bekalan air tidak mencukupi, jadi semua haiwan perlu ikut peraturan dimana pemangsa tidak boleh makan mangsa


Ini pula Shere Khan yang tak boleh tengok langsung dengan Mowgli, rasa nak terkam

Kawanan serigala yang selalu defend Mowgli

Akela kena terkam dengan Shere Khan dan mati

Ular ni yang cerita kisah keluarga Mowgli lepas tu cuba nak makan Mowgli

Shere Khan terkam ayah Mowgli

Baloo ni yang tolong Mowgli masa kena belit dengan Ular

Yang ni King Louie, dia culik Mowgli ke kuil sebab nak Mowgli ambil api dari kawasan kampung manusia

Yang dok sembang banyak-banyak tu semua sebab Api kalau nak tahu

Korang akan paham kenapa dorang nak sangat dengan Api dan Shere Khan marah sangat dengan manusia kalau korang tengok filem ni. Aku rasa okey juga la cerita ni sebab sebelum ni pernah tengok yang versi kartun, jadi versi yang ni lagi best. Sekarang baru tahu kenapa Mowgli duduk dalam hutan.

Rating aku : 7/10
Rating imdb : 7.6/10

You Might Also Like

2 comment

  1. singgah pagi sini...:)
    belum tengok lagi... :)

    ReplyDelete
  2. Msuk list :) yg ni yg skang tgh iklan dekat astro best tu kan ?

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90

Flickr Images

Like us on Facebook

INSTAGRAM