Tonton / Download Drama Pergilah Air Mata

October 25, 2016

Drama bersiri Pergilah Air Mata adaptasi daripada novel karya Hanni Ramsul bakal disiarkan di RTM. Membariskan pelakon-pelakon popular seperti Nelydia Senrose, Kamal Adli, Izreen Azminda, Amar Asyraf, Reen Rahim dan ramai lagi.

PELAKON
Kamal Adli sebagai Badrul 
Nelydia Senrose sebagai Sabrina
Izreen Azminda sebagai Dayana
Reen Rahim sebagai Maria
Jasmin Hamid sebagai Datin Hamidah
Mustafa Kamal sebagai Datuk Hamidi
Amar Asyraf sebagai Ikmal 
Azlee Khairi sebagai Darius

SINOPSIS
Kisahnya bermula dengan watak utama Sabrina (Nelydia Senrose), seorang gadis naif dari kampung yang kehidupannya tidak terdedah kepada anasir negatif. Ada sesuatu yang malang menimpa Sabrina apabila dia diperangkap oleh rakan baiknya sendiri, Maria (Reen Rahim) sehingga terpaksa berkahwin paksa dengan seorang jejaka kaya bernama Badrul Datuk Hamidi (Kamal Adli).

Bertambah malang, apabila sudah berkahwin, Sabrina menjalani hidup yang lebih sukar dengan menjalani kehidupan bermadu dengan isteri pertama Badrul, Dayana (Izreen Azminda) sehingga sering disalah anggap mahu mengaut harta suaminya.

Kerana satu rancangan yang dirancang untuk memisahkan mereka, rumah tangga Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina goyah hingga menyebabkan Badrul sanggup menyakiti Sabrina. Air mata menjadi teman setia buat Sabrina.

Sabrina hidup ibarat burung dalam sangkar emas. Dia tetap dilayan baik oleh Datuk Hamidi, namun kesedihannya tidak berpenghujung. Namun, dalam membenci, rindu datang jua, Badrul tidak dapat melupakan Sabrina. Rasa benci membuatkan Badrul menafikan perasaan kasih dan rindu yang datang, hinggalah Sabrina meminta perpisahan. Dapatkah Badrul mengubati rajuk luka di hati Sabrina?

Situasi yang berlaku tersembunyi hikmah bila mana Badrul berubah sikap menjadi pemarah dan panas baran, namun akhirnya menjadi seorang yang penyayang kepada isteri-isterinya.


You Might Also Like

1 comment

Terima kasih :)

728 x 90

Like us on Facebook

INSTAGRAM