#RESIPI : Kuey Teow Ladna

May 20, 2017


Bahan-Bahan:

500g kuey teow
Kicap manis secukupnya
1 mangkuk udang
2 ekor sotong
1 ketul ayam bahagian dada
4 ulas bawang putih, diketuk
5 bili cili padi, diketuk
1/2 batang karot
Segenggam sayur sawi
Bunga kobis
1 biji tomato, potong 6
1 sudu besar sos tiram
1 ketul kiub ayam
2 sudu besar tepung jagung
Minyak untuk menumis
Air secukupnya

Bahan untuk hiasan:

Limau kasturi
Bawang goreng

Cara Penyediaan:

1) Rebus ayam dan hiris nipis.
2) Bersihkan udang dan sotong. Buang kulit udang dan sotong potong membulat.
3) Panaskan sedikit minyak. Gaul rata kuey teow bersama kicap dan masukkan ke dalam kuali. Kacau seketika, angkat dan ketepikan.
4) Dalam kuali yang sama, panaskan lagi sekali minyak dan masukkan bawang putih bersama cili padi. Goreng sehingga naik bau.
5) Masukkan sotong, udang dan isi ayam. Kacau sehingga sotong dan udang hampir masak. Masukkan karot dan batang sawi, kemudian diikuti daun sawi, bunga kobis dan tomato.
6) Tuang air secukupnya dan masak sehingga mendidih. Masukkan kiub ayam, sos tiram dan bancuhan tepung jagung.
7) Kacau sehingga kuah menjadi pekat. Tuang kuah ke atas kuey teow tadi dan hias dengan limau kasturi dan taburan bawang goreng.

Sumber

You Might Also Like

1 comment

  1. anda di tag..

    http://www.mohdnoorshawals.com/2017/05/segmen-bloglist-jun-september-2017.html

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90

Flickr Images

Like us on Facebook

INSTAGRAM