#RESIPI : Daging Masak Merah

June 10, 2017


Bahan-Bahan:

300 gram daging batang pinang dipotong kecil
2 sudu besar minyak jagung
2 batang kayu manis
3 biji bunga lawang
4 biji buah pegaga
1 biji bawang besar dikisar
3 cm halia dikisar
4 ulas bawang putih dikisar
2 tangkai serai dikisar
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu kecil maggi cukuprasa
2 sudu besar puri tomato
1 cawan air
2 biji cili merah dibelah dua, kemudian dipotong 4
50 gram daun bawang dihiris 5cm panjang
2 biji bawang besar dipotong berbaji

Cara-cara membuatnya:

1. Pertama sekali, cuci daging, keringkan dan potong kecil. Ketepikannya.
2. Kemudian, kisarkan bawang besar, halia, bawang putih dan serai secara berasingan.
3. Tambahkan 2 sudu besar minyak dan tumiskan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga bersama bahan yang dikisar tadi hingga wangi.
4. Kemudian masukkan daging dan kacau rata.
5. Campurkan sos tomato , sos cili puri tomato dan secawan air. Kacau semua bahan ini bersama daging dan biarkan masak hingga empuk.
6. Akhir sekali, tambahkan cili merah, daun bawang dan bawang besar. Renehkan selama beberapa minit. Hidangkan panas.
7. Padankan dengan nasi putih atau nasi minyak, timun dan acar.

Sumber

You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90

Flickr Images

Like us on Facebook

INSTAGRAM