Resipi : Air Detox

Assalamualaikum.



Rasanya ramai dah tahu air detox tu apa kan? Air detox merupakan campuran daripada air putih dan buah-buahan yang diminum selepas dibiarkan selama beberapa jam ( 6-7 jam ). Selalunya aku buat sebelum nak tidur, so paginya boleh terus minum. Pepagi dah detox. Cari je buah-buahan yang ada dalam rumah atau peti ais, kemudian potong kecil-kecil dan masuk ke dalam botol.

First sekali aku pernah buat campuran lemon, timun, dan mint. Kedua, aku buat tembikai sahaja. Aku buat sebelum masuk tidur (malam) kemudian pagi minum. Untuk yang first, memang rasa masam minty sikit, yang kedua rasa tembikai tanpa gula. Kalau ada seedless, guna seedless untuk tembikai. Memang air detox betul-betul cuci perut. 


Beberapa resipi yang aku nak kongsi adalah :

Resipi 1


Timun, daun pudina, lemon dan halia yang sesuai untuk kempiskan perut.


Resipi 2


Oren, limau dan lemon yang sesuai untuk pencernaan.


Resipi 3

Timun, strawberi dan kiwi yang sesuai untuk sistem penghadaman.

Resipi 4

Teh hijau, daun pudina dan limau nipis untuk pembakaran lemak.


Resipi 5


Oren, lemon dan halia yang sesuai untuk peredaran darah yang sihat dan penghadaman.


Resipi 6


Timun, raspberi, anggur yang sesuai untuk membuang toksin dan anti-radang.


Resipi 7

Strawberi dan limau yang sesuai untuk pemulihan rambut, kulit dan kuku.

Arahan untuk membuat Air Detox :

Buah-buahan atau sayur-sayuran pilihan anda dipotong kecil ke dalam botol.
Tuangkan air sehingga penuh dan tutupkan dengan penutup.
Simpan di dalam peti sejuk sehingga 6- 7 jam ataupun 24 jam.

Kelebihan Air Detox :

1. Penghidratan, membantu untuk minum air masak.
2. Kurang kalori, membantu untuk mereka yang sedang berdiet untuk kurangkan berat badan.
3. Mudah dibuat
4. Menambah metabolisma badan.
5. Rupa, jika minuman yang kelihatan berwarna-warni dan sihat, anda akan lebih cenderung untuk minum.


Selamat mencuba okey! :D

You Might Also Like

3 comment

Terima kasih :)

728 x 90