Apakah Beza BRRIP, DVDRIP, CAM, HDTV dan Sebagainya


Hari ni aku nak share tentang 'Apa itu bluray?', 'Apa maksud DVDRip?', 'Kenapa perlu HDTV?'. Semua persoalan ni memang menjadi kegemaran para pendownload movie sedunia, termasuk aku. Aku pun suka sangat google tentang benda ni semua sebab tak faham apa benda lah maksud Rip tu semua.


Aku cuba explain dekat korang yang mana korang tak faham. Kalau ada sifu-sifu movie yang nak share something, boleh komen dekat bawah. Aku okay je orang nak share ilmu ni. hehe.


1. CAM

Salinan yang dibuat di sebuah panggung wayang menggunakan camcorder atau telefon bimbit. Sumber bunyi adalah mikrofon kamera. Kelemahan utama ini adalah kualiti bunyi. mikrofon ini bukan sahaja merakam bunyi dari filem, tetapi juga bunyi latar belakang di pawagam. Kamera ini juga boleh merakam pergerakan dan audio penonton dalam teater, misalnya, apabila seseorang berdiri di hadapan skrin, atau apabila penonton ketawa pada detik lucu dalam filem.


2. PPVRip

PPVRip datang dari sumber Pay-Per-View. Semua siaran PPVRip adalah jenama filem baru yang belum dikeluarkan kepada Screener atau DVD, tetapi boleh dilihat oleh pelanggan hotel.


3. DVDRip

DVDRips ni aku pasti semua orang tahu daripada mana, nama pun DVD kan? Mestilah dari DVD, so gambar boleh tahan la juga. Kalau DVD original mestilah gambar lawa dan terbaik. Elok juga kalau korang nak download movie jenis yang ni.


4. HDTV

HDTV ni kualiti dia lebih kurang sama dengan PPVRip tapi mungkin lebih baik. Lagi baik daripada DVDRip tu. Nama pun HD kan, high dimension. HDTV ada resolusi 720x404 (360p), 960×528 (540p), dan 1280×720 (720p).


5. BRRip/Bluray

BRRip atau pun bluray memang kegemaran aku, resolusi paling best 1080 setakat yang aku tengok. haha. Gambar sangat clear dan korang takkan menyesal kalau download jenis bluray ni. Cuma file dia sangat besar, kalau korang guna 1MBPS internet, memang sehari juga la korang nak tunggu siap. Kalau internet korang laju, yang ni bakal jadi pilihan korang selalu.


6. TS

TS ni versi wayang juga macam CAM tadi tapi tanpa orang dalam wayang tu,so korang takkan nampak orang berlari pergi ke tandas dalam TS. Kualiti dia lagi ok dari CAM sebab dirakam menggunakan kamera professional yang diletakkan diatas tripod.


7. WEBDL
WEBDL ni pula didownload dari website contoh iTunes dan AmazonVideo. So, kualiti gambar dia boleh tahan sebab tak re-encoded. Versi ni tak ada logo network sama seperti DVDRip.


Kalau korang nak gambar cantik aku recommend versi Bluray. Kalau korang nak tahu R5, Workprint, SCR atau yang lain-lain, korang boleh klik >>sini<< sebab yang jenis ni aku tak pernah download, so aku tak tahu nak explain lebih.

You Might Also Like

2 comment

Terima kasih :)

728 x 90