Drama Rindu Awak 200%



Drama ini merupakan drama adaptasi daripada novel Rindu Awak 200% karya Liyana Zahim, terbitan Creative Skill Solution dan ditayangkan di TV3 pada 2014 setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam hingga 8 malam. Bintang utama untuk drama ini ialah Zul Ariffin dan Ayda Jebat.

Genre : Drama & Cinta
Pengarah : Aidilfitri Mohamed Yunos
Rating : 4.4 juta penonton
Skrip : Nieza Nahar
Siaran : Slot Akasia TV3
Tempoh siaran : Isnin - Khamis, 6:58 petang
Mula Ditayangkan : 15 Julai 2014
Tempoh siaran  : 1 jam (60 minit)

Sinopsis

Zill Faezrul Iqbal terpaksa berkahwin dengan Armel Aisya kerana atas pilihan kedua ibu bapanya. Zill Faezrul pada mulanya enggan untuk berkahwin dengan Armel Aisya kerana masih lagi terkenang akan kekasihnya yang sudah meninggal dunia sejak 5 tahun lalu.

Armel Aisya juga tidak bersetuju pada mulanya untuk berkahwin dengan Zill Faezrul. Namun untuk membuatkan bekas teman lelaki Armel Aisya cemburu dan membuktikan bahawa dia juga boleh bahagia, Armel akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan Zill Faezrul.

Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya.

Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel.

Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque!


Pelakon 
  • Zul Ariffin sebagai Zill Faezrul Iqba
  • Ayda Jebat sebagai Armel Aisya
  • Mimi Ernida sebagai Daria
  • Karl Shafek sebagai Ilhan Darwisy
  • Adeline Tsen sebagai Irene
  • Jonathan Putra sebagai Raizil
  • Zuhairi Ibrahim sebagai Zahirin
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Raziqah
  • Afzan A.Rahman sebagai Azad
  • Fathil Dani sebagai Iqbal
  • Ika Nabella sebagai Nazneen

Lagu Tema Rindu Awak 200%

Lagu : Jaga Dia Untukku
Penyanyi : Dato' Siti Nurhaliza

Lagu : Maafkan Aku
Penyanyi :  Asfan



You Might Also Like

2 comment

  1. agaknya ada lagi tak cerita ni ditayangkan? keke.. jh tengok cerita ni bila teringatkan buah hati nun jauh disana. lame..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau online ada. kena google website drama melayu

      Delete

Terima kasih :)

728 x 90