#RESIPI : Congo Bar



Semalam buat congo bar yang sangatlah senang dan sedapppppp. Korang kalau nak cuba buat, boleh ikut resipi ni ye. Aku ambil resipi dari pada zalinzalina cuma modify sikit part gula dan butter. 


Bahan-Bahan :

310 gram Tepung Gandum
2 1/2 sudu kecik Baking Powder
150 gram butter
270 gram Gula Perang
3 biji telur B
1 sudu kecik Esen Vanilla
Almond slice atau kacang pecan


Cara Penyediaan :

1. Pukul butter dan gula perang. Sebaiknya butter yang dah lembut sikit iaitu yang dah lama kita keluarkan dari petiais. Pukul tak perlu hingga kembang. Guna kelajuan perlahan aje.
2. Kemudian masukkan telur. Pun pukul sekejap aje.
3. Masukkan Esen Vanilla.
4. Masukkan tepung gandum yang dah dicampurkan dengan Baking Powder. Selepas tepung dah gaul rata, kita kaup balikkan adunan.
5. Masukkan Coklat Chip banyak mana ikut suka. 1 cawan pun okey.
6. Guna loyang 10 x 10. Tak boleh guna loyang kecik, nanti tak masak bahagian tengah. Kita lengserkan loyang dengan margerin atau butter dan kita alaskan dengan baking paper. Kemudian kita masukkan adunan ke dalam loyang.
7. Ratakan kesemua bahagian.
8. Taburkan coklat cip.
9. Letak almond slice
10. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven. Sebelum tu kena la panaskan oven dulu selama 15 minit.
11. Bila dah sejuk sikit, kita keluarkan dari loyang.
12. Potong


Selamat mencuba. :)

You Might Also Like

4 comment

Terima kasih :)

728 x 90