Cara Semak Saman



SEMAK SAMAN TRAFIK SECARA ONLINE

1. JPJ
Laman semakan JPJ membolehkan anda menyemak saman online tanpa perlu register terlebih dahulu . Namun ia hanya boleh digunakan untuk saman yang dikeluarkan oleh JPJ sahaja.

Ikuti langkah-langkah di bawah:
1. Layari laman Semakan Saman JPJ di www.jpj.gov.my/pertanyaan-saman-notis.
2. Di bawah tajuk "Semakan Saman", klik menu dropdown untuk membuat Pilihan Carian samada NOMBOR ID SAHAJA atau NOMBOR ID DAN NOMBOR KENDERAAN.
3. Isikan No. ID dan No. Pendaftaran Kenderaan, disusuli dengan kod sekuriti (captcha).
4. Akhir sekali klik butang "Semak". 
5. Keputusan semakan akan dipaparkan di sebelah bawah, di bawah tajuk "Hasil Carian".

2. MyEG Services
Anda boleh semak saman yang dikeluarkan oleh PDRM, JPJ dan AES di laman web MyEG.

Ikuti langkah-langkah di bawah:
1. Layari www.myeg.com.my
2. Anda mesti mendaftar dulu sekiranya menggunakan servis ini buat kali pertama.
3. Login menggunakan nama dan kata laluan.
4. Klik eServices pada menu dan pilih JPJ atau PDRM. Untuk saman AES, pilih JPJ.
5. Pilih pautan yang berkenaan untuk menyemak dan seterusnya membayar saman kenderaan anda.
6. MYEG juga ada menyediakan perkhidmatan yang menghantar peringatan ke email anda sekiranya terdapat saman baharu. Langganan servis ini adalah percuma.


3. Rilek e-Services

Laman ini boleh menyemak saman yang dikeluarkan oleh PDRM dan JPJ.

Ikuti langkah-langkah di bawah:
1. Layari laman Semakan Saman PDRM di www.rilek.com.my dan daftar (sekiranya belum register).
2. Login menggunakan nama dan kata laluan.
3. Klik "Check/Pay Summons(es)" pada menu dropdown.
Anda juga boleh membuat bayaran di laman ini. Buat masa ini ia dihubungkan dengan perbankan internet CIMB, MAYBANK dan RHB.


SEMAK SAMAN TRAFIK MELALUI SMS

Semakan boleh dibuat menggunakan khidmat mySMS. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan caj 20 sen untuk setiap penerimaan mesej.

Berikut adalah cara menyemak saman trafik melalui SMS:

Semak saman PDRM melalui SMS


Taip :
POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan]
dan hantarkan SMS ke 15888

Contoh :
POLIS SAMAN 860504105235 atau
POLIS SAMAN ABC1234


Semak saman JPJ melalui SMS



Taip :

JPJ<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan]
dan hantarkan SMS ke 15888.

Contoh :
JPJ SAMAN 860504105235 atau
JPJ SAMAN ABC1234

Selamat mencuba

You Might Also Like

3 comment

  1. erk takut nye nak check saman hehe

    ReplyDelete
  2. Page awak ni saya simpan.
    I keep this

    ReplyDelete
  3. haaa.. ni kan saya pernah check pada tahun lepas. giler betol la 6 saman. haha. Tapi 5 daripada arwah abah, 1 daripada saya. Jadi arwah abah punya tu kira burn camtu je. Bersyukur sangatlah. Kalau tak mahu korek tabung. Nangislahhh. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90