apam polka dot style aku :)


assalamualaikum :)

hari tu aku try buat apam polka dot sebab teringin sangat nak makan... nak beli online rugi.. 50pcs rm20.. aku nak makan 50pcs? memang buncit apam la jawab nya... so, aku google la cari resipi, senang kan keje... lepas tu jumpa resipi, senang je nak buat....




taraaaaaaaaaaa... kan da siap.. senang je... tapi yang pasti ni bukan apam polka dot dot, tapi apam compang camping.. macam macam design aku buat sebabnya aku xde piping bag, lepas tu aku guna la plastik tapi depan dia aku gunting besar sgt... since this is my first trial, its normal kalau byk salah kan.. lepas ni nak try buat pavlova, nampak macam hot stuff je sekarang.



Resipi Apam Polka Dot
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus(boleh kurangkan sikit sebab ni manis sikit)
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
1 sudu kecil esen vanila
Filling secukupnya( blueberi, strawberi, coklat)
Pewarna ikut suka


Cara cara buat Apam Polka Dot
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 8-9 minit (sehingga kembang)
2.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag.
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun.
5. Picitkan  filling secukupnya. sy guna nutella je, cuma cairkan sikit.... senang kan? :)
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7. Kukus di dalam tempat kukusan selama 10-15 minit.
8.siap :)

You Might Also Like

6 comment

  1. whau . lawa.. nak tempah muleh ? hee

    ReplyDelete
  2. hihi... tak barani nak jual.. takut xsedap... :)

    ReplyDelete
  3. nak try jugaklah. mcm sedap jugaklahhh (:

    ReplyDelete
  4. teringat kat 1 grup tu.. nama grup tu 'apam polka dot' .. hehe XD

    ReplyDelete
  5. rajinnye buat..cantik dah 2..1st time bt kan

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90