EDISI RAYA# BISKUT CORNFLAKES CRUNCH


assalamualaikum...


dalam berapa hari lagi dah nak beraya. masa masa ni sesuai sangat kalau kita buat kuih raya sendiri bagi yang tak suka biskut biskut tunjuk. nanti kalau buat awal sangat cepat habis pulak kan..


so, hari ni nak berkongsi resipi biskut cornflakes crunch.



BAHAN-BAHAN :

250gm mentega
250gm tepung gandum
150gm gula kastor
2 sudu teh esen vanila
3 cawan cornflakes yang sudah diramas (kalau nak tambah lagi pon boleh)

CARA-CARA :

1.Putar mentega dan gula sehingga berkrim.
2.Masukkan esen vanila dan pukul rata.
3.Kemudian masukkan tepung gandum dan cornflakes. Uli sehingga menjadi doh.
4.Ambil 1 sudu teh penuh dan atur di dalam loyang (boleh buat pelbagai bentuk)
5.Bakar pada suhu 180C selama 15minit atau sehingga kekuningan.







You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90