Resipi Rainbow Cookies
Happy Weekend everyone! Hari ni nak kongsi resipi rainbow cookies yang sangat rangup, sedap dan tersangat lah hot sekarang ni... hihi... Saya dah try resipi ni, memang best! JOM!
Bahan bahan
250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru
Loyang khas
Cara cara
1. Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan
2. Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
3. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
4. Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
6. Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
7. Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan
8. Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil
9. Paipkan atas loyang lidanh kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi
10. Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit
11. Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
12. Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara
Credit to : masammanis blog
1 comment
pemes dh bskut ni skrg..
ReplyDelete:D
Terima kasih :)