The Most Wanted Wishlist and Me.

March 03, 2014



Assalamualaikum :)

Hai Hoi Hui. hehehe... Tittle memang juara tak leh blah pun tapi tulah yang aku nak sampaikan sebenarnya.. Bukan senang aku nak hebahkan pasal benda ni, sebab kadang kadang xmasuk akal dan mungkin jugak akan masuk akal nanti. hahaha... Aku ni bukannya keluarga yang pakai kereta Ferrari pergi pasar beli ikan tapi boleh la makan ikan hari hari tapi bukan sharkfin hari hari. Macam la korang fahama apa yang aku nak sampai kan ni. Aku pon dah pening. Ada beberapa wishlist bak orang kaya yang aku teringin fantasikan. Yela, orang yang ada tu, senyap lah. Aku nak fantasi bulan madu kejap. 




Antara beberapa most wanted wishlist yang aku nak :


1) Aku menjadi lebih baik dari sekarang. Yang kurang baik, lebih diperbaiki. Yang tak patut dilakukan, elakkan sebaiknya.

2) Suami aku beberapa tahun akan datang adalah seorang yang taat pada Allah. Sebab aku ni memang berkeinginan yang baik baik semuanya. Kalau dia bijak, mesti dia tahu cara hidup dunia dan akhirat yang betul.

3) Keluarga aku yang sentiasa berada dalam keadaan baik, sihat, gembira dan dimurahkan rezeki. Semoga Allah sentiasa memberi perlindungan kepada mereka.


Tapi ni pulak wishlist yang lebih keduniaan yang aku pon tak leh blah dengan sendirinya.


1) Sentiasa fokus dalam pelajaran dan rajin. Bukannya aku nak baca buku last minute, time nak test tu lah nak baca buku. Kalau dulu, aku bukan macam tu. Aku bukan jenis macam tu. Susah betul nak fokus.

2) Aku berharap dapat gadjet yang lebih powerrrrrrrrrr.. hahaha.. camera yang lebih power dari yang dah ada.. hanset yang lebih power dari yang dah ada.. Bukan aku tak bersyukur, cuma nak lebih baik.

3) Aku berharap dapat skincare yang lebih sesuai dengan kulit yang tak berapa nak betul dah ni. haiyaaaaaa. susah betul nak cari yang sekimia dengan muka aku. sad.

4) Aku berharap dapat beli dengan sendirinya kereta mewah. Drive like a boss maybe. hahaha. tak baik riak weh.

5) Aku berharap dapat pakai baju yang lebih cover urat urat kulit ni dan sentiasa istiqamah. Aminnnn

6) Aku berharap dapat menguruskan kegemukan melampau yang dapat menambah keyakinan aku dalam penampilan diri aku ni. Ingat senang ada badan yang macam ni *fikir ah sendiri, malas cite*

7) Aku berharap dapat kerja dengan orang yang sentiasa support aku dan semoga dipermudahkan segalanya.

8) Aku berharap dapat kawan kawan yang memahami aku sekarang atau pada masa depan dan mungkin jugak bakal rakan baru. Haiiiiiii...........hihhiihi

9) Aku berharap dapat kau sentiasa bahagia.

10) Aku berharap dapat semua benda yang bersarang dalam otak aku sejak dari kecil sampai aku besar sekarang ni. hahaha..


Tula beberapa wishlist yang mampu aku tulis, yang lain, simpan dalam hati sampai dapat.. hurmmm..maybe i like you or maybe i hate you or maybe i want you or maybe i just dont need you. Have a nice day everyone.













You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90

Flickr Images

Like us on Facebook

INSTAGRAM