Tips untuk para crusher yang menganggur di luar sana
Assalamualaikum..
Hai hari ni nak kongsi sedikit cerita pasal crush lah. Eh.. Bukan car crush atau candy crush okey, ni pasal homo sapiens crush. Crush ni sebenar dalam istilah kasarnya, menyukai seseorang dalam senyap (tanpa seseorang tu tahu kau suka dekat dia). Kadang kadang crush ni kita suka kejap je dalam 1 jam mungkin.. hahaha. Kalau dah berpanjangan kau suka dia, tu bukan setakat crush dah tu, kau dah kira terus eksiden dan fall in love atau dengan bahasa lembut mungkin kau nak dia jadi isteri/suami kau suatu hari nanti. Tapi okey lah kan kalau awal jadi crush lepas tu kawan, lepas tu kawin. Okeylah tu, bukan senang.
Memang kalau sebut je topik ni dengan sesiapa pun kau borak atau berbual memang aku rasa semua orang akan ada baik laki atau perempuan, rileks lah, aku rasa proses crush mencrush ni dah macam normal je. Melainkan kau ade keberanian untuk berdepan dengan crush kau dan confess perasaan kau dekat dia. Aku rasa tu satu cara yang sangat betul, even dia tolak kau macam ni...
Kalau dia kata kau macam ni, janganlah kecewa sangat. Take it positive. Mungkin kau boleh guna beberapa cara lain untuk dekat dengan dia, tapi jangan sampai memaksa orang yang tak nak, nahas kau nanti. hahaha.. Mahu dia panggil shark nanti "lengchai sudah mari maaa.." kikiki
Sesetengah orang tu, ada juga yang jenis suka orang bagi hint hint dekat dia contohnya :
a)Hari ni kau terserempak dengan crush kau, lepas tu kau pandang dia dengan pandangan yang menyebabkan dia mengalihkan mata dia ke arah lain tambah lagi dengan senyum kau yang tak berapa nak menggoda tu.
"Padahal dia suka gila kau buat macam tu"
b)Kau hantar surat layang layang yang baik punya letak perfume Chanel N°5 kat kertas A4 70gsm tu siap letak hadiah bagai setiap minggu.
"Padahal dia suka gila kau buat macam tu"
c)Kau suruh kawan kau ejek ejek kau dengan dia, lepas tu kau bajet kawan kau annoying padahal kau suka nak mati, kan kan? haha. Jangan risau sebab
"Padahal dia suka gila kau buat macam tu"
Dan ada juga jenis crush yang annoying gila, even annoying kau tetap suka dia juga. Sebab kemungkinan kau dah terpana dengan kehenseman atau kecantikan dia. Heh, ade orang crush sebab kekayaan crush dia ke??
Beberapa jenis perangai crush adalah :
a) Crush yang lepas dia dah tahu kau suka dia, dia akan ignore kau sampai mati. hahaha...
Pendapat aku 1 : Mungkin dia betul betul tak suka kau, sebab kau annoying jugak, atau kau tak hensem atau lebih spesifik kau tak memenuhi kriteria yang dia nak.
Pendapat aku 2 : Mungkin dia malu dengan kau dan ambik jangan mudah dengan ignore segala perasaan kau tu.
Pendapat aku 3 : Mungkin juga dia dah mempunyai soulmates yang batak hot gila. haha.
b) Crush yang lepas dia dah tahu kau suka dia, dia akan ambil benda tu positively dan mula berkawan dengan kau.
Pendapat aku 1 : Mungkin dia tak de soulmate yang batak hot.
Pendapat aku 2 : Mungkin dia memang pernah crush kat kau dulu.
Pendapat aku 3 : Mungkin dia memang nak berkawan je dengan kau supaya kau tak terasa di'buang'
c) Crush yang lepas dia dah tahu kau suka dia, buat style style gedik depan kau.. haha
Pendapat aku 1 : Mungkin dia amat memerlukan perhatian seseorang. Sila berkawan dengan dia dan suruh dia kawal diri.
Pendapat aku 2 : Mungkin dia nak kau approach dia dulu. errrrrr
d) Crush yang langsung tak tahu kau suka dekat dia.
Pendapat aku 1 : Mungkin kau patut cakap dengan dia. Supaya kau tak rasa terbeban bila terserempak dengan dia.
Pendapat aku 2 : Mungkin kau patut simpan je perasaan kau tu. Supaya kau tak malu nanti terserempak dengan dia.
Wokeyy.. Done with that. Nanti kita sambung lagi next episode tentang crush ni ye. kalau nak tulis ni memang takkan kehabisan.
3 comment
dulu masa zaman belajar.. adalah sorang dua crush.. sekarang dah kerja.. xde dah..
ReplyDeleteRindu my crush wazir 😩
ReplyDeleteRindu my crush wazir 😩
ReplyDeleteTerima kasih :)