Tips penjagaan tudung bawal

March 13, 2014

Tips penjagaan tudung bawal

Assalamualaikum..


Hari ni nak kongsi pasal penjagaan tudung bawal sebab sekarang tudung bawal dah memang superb popular dan ramai yang dah berminat dengan tudung bawal. Macam macam brand tudung bawal yang popular sekarang ni contohnya tudung bawal Aidijuma. Tudung bawal Aidijuma yang sangat cantik dan trendy designnya sangat berpatutan juga dengan harganya. Pastinya tudung bawal Kangaroo atau Butterfly yang murah dan kualiti yang baik juga menjadi pilihan ramai. Oleh itu, tentulah ramai yang menjadikan tudung bawal sebagai sebahagian koleksi hijab mereka. Jadi, ada beberapa tips penjagaan tudung bawal.



1. Rendam seketika dengan sedikit serbuk pencuci yang lembut.

2. Jangan gunakan peluntur, gosok dengan tangan secara lembut.

3. Kalau boleh elak menggunakan pelembut kain kerana ia akan menyebabkan tudung tersebut lembik dan sukar untuk dibentuk.

4. Elakkan direct sunlight supaya ia tahan lebih lama dan warnanya tidak pudar.

5. Untuk memastikan batu batu kristal atau manik kekal melekat, gosok daripada sebelah dalam tudung.

6. Simpan tudung dengan menggantung di tempat gantung tudung, atau mengikat di hujung tudung bawal di penyangkut baju.

7. Semasa memakai tudung, gunakan kerongsang yang mempunyai pin atau jarum yang masih tajam bagi mengelakkan tudung tersebut berlubang-lubang dan rosak, akibat tersangkut.



okayy, sekarang dah boleh start jaga kain tudung bawal awak semua yang mahal tu dengan baik. selamat mencuba :))

You Might Also Like

1 comment

  1. Assalamualaikum. Jom visit facebook page Hijab by Jentayu. Kami menawarkan variasi tudung yang menarik pada harga yang berpatutan. Siap ada diskaun lagi bila beli banyak. Cepat sementara stok masih ada. Salam bcantik2, ikhlas dari Hijab by Jentayu

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90

Flickr Images

Like us on Facebook

INSTAGRAM