#MOVIEREVIEW : Zootopia (2016)




Hari ni nak review filem "Zootopia" yang merupakan filem pengembaraan animasi komputer 3D . Filem ini dihasilkan oleh Walt Disney Animation Studios dan dikeluarkan oleh Walt Disney Pictures. Filem ini diarahkan oleh Byron Howard dan Rich Moore, dan diarahkan bersama Jared Bush. Filem ini memecahkan rekod box office di beberapa negara dan telah memperoleh anggaran kasar di seluruh dunia lebih daripada $ 1 bilion, menjadikannya kedua tertinggi filem grossing tahun 2016, dan merupakan filem kedua puluh lima tertinggi grossing sepanjang zaman.

Filem ini menampilkan pelakon suara seperti :

Ginnifer Goodwin sebagai Judy Hopps 
Jason Bateman sebagai Nick Wilde
Idris Elba sebagai Chief Bogo
Jenny Slate sebagai Bellwether
Nate Torrence sebagai Clawhauser
Bonnie Hunt sebagai Bonnie Hopps
Don Lake  sebagai Stu Hopps
Tommy Chong sebagai Yax
J.K. Simmons sebagai Mayor Lionheart
Octavia Spencer sebagai Mrs. Otterton
Alan Tudyk sebagai Duke Weaselton
Shakira sebagai Gazelle

Sinopsis :

Dalam dunia yang dihuni oleh mamalia antropomorfik, arnab dari Bunnyburrow bernama Judy Hopps memenuhi impian zaman kanak-kanak beliau menjadi pegawai polis arnab pertama di Zootopia, sebuah bandar utopia. Di Akademi Polis, Judy diturunkan kepada tugas di tempat letak kereta kerana Chief Bogo ragu-ragu dengan potensi Judy. Kemudian, datang Puan Otterton yang sedang mencari suaminya yang hilang, Judy volunteer untuk mencari menyebabkan kemarahan Chief Bogo dan mahu Judy letak jawatan. Tetapi, Chief Bogo dengan berat hati memberikan tugas itu kepada Judy dan Judy perlu selesaikan dalam dua hari sahaja. Baca seterusnya...


Aku suka filem ni sebab lain dari lain, mungkin sebab Judy tu yang betul-betul yakin dia boleh ubah pemikiran semua orang yang dia boleh jadi polis sebab dia seekor arnab. Even parent dia pun tak suka sangat dengan cita-cita dia. Aku paling suka watak Flash dalam filem ni. Dia seekor sloth yang kerja office, memang part paling kelakar bila Judy dan Nick pergi office Flash ni. Dorang kan sloth jadi memang jenis lambat segala benda kecuali satu benda (nanti korang tengok ending Flash kenapa). 

Judy masa kecil melakonkan sebagai polis


Ini Nick, dia con artist tapi baik dia bukan penjahat pun.

Ini Mr Big, gengster paling mahsyur tapi aku tak pasti dorang ni roden jenis apa?


Comel betul Wedding anak Mr. Big.Polar bear as bodyguard. Mampu?

Mayor Zootopia

Carrot phone gais. Tak main apple. AHAHA


Di sebalik semua kisah.......

Rating aku: 9.5/10
Rating imdb : 8.3 daripada 130842 penonton


You Might Also Like

6 comment

  1. Nice review tapi Ain mcm tak berminat dgn zootopia ni. taktau knpa. hehe

    ReplyDelete
  2. kite tengok zootopia dengan kungfu panda 3 on the same day tapi bila balik rumah cuma zootopia ja yang tinggalkan the most impression xD

    ReplyDelete
  3. Tak berpelunag lagi nk tgkk. Tp dh msuk list movie dahh. Cutekan arnabb tu

    ReplyDelete
  4. Nice review . Eyz suka citer ni , mmg best :) ade pengajaran di baliknya ... tgh cr link nk dwnload ..

    ReplyDelete
  5. cerita ni memang best! icha first time tengok cerita cartoon :)

    ReplyDelete
  6. tak tengok lg.. mcm best je. nasib dh download movie ni

    p/s: done pos kad raya

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90