Dalam banyak-banyak online shopping, Lazada lah yang aku paling suka. Banyak dah barang yang aku shopping dekat lazada ni contohnya aircond, beg, kasut, energy saver dan sebagainya. Memang terbaik servis dia. Dari 18 Jun sehingga 24 Jun 2016 akan berlangsungnya contest Riang Ria Raya di Lazada dan hadiah yang bakal dimenangi pula adalah Fujifilm Instax Mini Camera. Bestnya kalau menang Instax Mini Camera, boleh posing sakan dengan keluarga dan rakan-rakan pada Hari Raya nanti.
Sebelum tu, jom kita baca syarat-syarat yang diberikan oleh Lazada.
Dah baca? Jom kita kira berapa banyak Fujifilm Instax Mini Camera dalam gambar di bawah.
Selain itu, aku listkan 4 wishlist produk dari Lazada sebagai persiapan hari raya bakal tiba ni dengan bajet RM500.
1. High Quality Electric Stand Mixer With Stainless Steel Bowl
Ini adalah wishlist pertama sebab senang nak buat biskut raya. Selalu guna hand mixer je, penat juga nak kacau adunan biskut. Dah la puasa, tengok adunan biskut pun dah rasa terliur. haha. Kalau ada stand mixer ini, bolehlah simpan tenaga sikit dan senang nak buat biskut dengan jumlah yang banyak. Boleh buat biskut semperit, biskut sarang semut, biskut tart nenas, biskut almond london dan banyak lagi biskut. Bukan biskut sahaja, macam-macam lagi kegunaan stand mixer ni. Bagi aku sebagai seorang wanita, stand mixer merupakan peralatan dapur yang penting dan perlu ada di setiap rumah. Jangan lupa, klik gambar kalau korang berkenan dengan stand mixer ni juga okay?
2. Faber 1000W Portable Garment Steamer FGS PICCOLO 1000
Dah raya nanti mesti tak sempat nak iron baju raya kan? Kalau ada Faber Portable Garment Steamer, mesti lagi senang dan jimat masa. Letak sahaja dekat mana-mana dah boleh iron, tak perlu nak cari iron board semua tu. Tambah pula, mak, ayah, abang, kakak dan adik nak minta tolong iron baju mereka tapi dengan Portable Garment Steamer pasti kita kerja lebih mudah dan tak perlu dengar dah bebelan mereka yang terpaksa tunggu atau beratur nak guna iron board. Jenama Faber memang aku percaya sebab banyak dah barang Faber yang aku guna, semuanya elok-elok dan tahan lama. Klik gambar untuk terus ke link produk. Faber Portable Garment Steamer boleh dilaraskan suhu steamnya supaya tidak terbakar pula baju raya nanti, tak pasal orang beraya baju baru, kita beraya baju tahun lepas.
3. Korean Beauty 4D Motion Facial Cleansing Brush Full Set (Limited Edition - Ivory Gold)
Nak raya mestilah nak cantik kan? Bukan setakat baju raya je cantik malah muka pun kena cantik. Bayangkan muka banyak bintik hitam atau sel kulit mati raya nanti? Mesti menjerit satu kampung nanti. Jadi dengan penggunaan Korean Beauty 4D Motion Facial Cleansing Brush yang disadur 99.9% 24K emas yang telah diuji oleh Korea Quality Testing Institute & ISO 9001 disahkan oleh KITECH mesti dapat menyelesaikan masalah sel kulit mati dan bintik hitam pada wajah. Raya nanti mesti muka dah jadi macam Song Jong Ki dengan Song Hye Kyo dalam cerita Descendant of The Sun, meletops! Fiber yang digunakan pula adalah jenis Micro-fine fiber yang mempunyai berus antibakteria yang sesuai untuk kulit dan tidak merosakkan kulit selain membersih kulit dengan sepenuhnya. Baru yakin dengan penampilan sendiri bila nak beraya di rumah saudara, rakan ataupun jiran.
4. Free Knight 45L Hiking and Travel FK002 Backpack Black
Salah satu keperluan untuk balik raya adalah beg travel. Aku suka jenis beg sandang macam ni sebab senang nak bawa ke mana sahaja contohnya naik bas atau kapal terbang bila mula cuti hari raya nanti. Ia juga sangat mudah dan mempunyai pelbagai fungsi dalam satu beg. Bukan itu sahaja, beg sandang macam ini sesuai untuk aktiviti luar contohnya mengembara dan mendaki. Beg Free Knight ini mempunyai kualiti yang premium dan tahan lama. Kapasiti yang boleh dibawa adalah sebanyak 45 L dengan harga yang sangat murah. Boleh bawa balik baju raya banyak-banyak menggunakan beg sandang ini, tak perlu risau baju raya tak boleh bawa balik dah. Senangnya balik raya dengan Free Knight 45L Hiking and Travel FK002 Backpack Black. Alhamdulillah. Haha
Jumlah kesemuanya adalah RM 184.50 + RM 98.00 + RM 165.00 + RM 45.00 = RM 492.50, haaaa, elok sangat dengan bajet RM 500 tadi kan? Jadi apa tunggu lagi, cepat beli barangan Hari Raya di Lazada dengan diskaun sehingga 92%, Lazada merupakan platform dalam talian untuk membeli-belah di Hari Raya ini ( With discount up to 92%, Lazada is the online platform to shop this Raya ).
Klik pada pautan di bawah untuk mendapat diskaun sempena Hari Raya di LAZADA.
Untuk para blogger pula, korang boleh menyertai contest ini dan menangi hadiah Fujifilm Instax Mini Camera dengan klik banner dibawah okay?
Ini pula senarai hadiah yang bakal dimenangi.
1 X Fujifilm Instax mini 25 camera Bundle (5 winners)
Tamat : 24 Jun 2016
Jangan lupa ikut semua syarat yang diberikan, selamat berpuasa dan semoga berjaya.
LAZADA (EFFORTLESS SHOPPING).
LAZADA (EFFORTLESS SHOPPING).
4 comment
Best of luck aliaa ..
ReplyDeletegood luck
ReplyDeletewah best ni. gud luck aliaa !
ReplyDeleteall the best. datang dari contest yang sama :D
ReplyDeleteTerima kasih :)