#RESIPI : Kek Pisang


Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cawan gula kastor
3 biji pisang yang telak dilenyek
2 biji telur gred A
1/2 cawan minyak jagung
1 sudu kecil esen vanila

Cara membuat:

1) Alaskan acuan kek dengan kertas minyak, dan panaskan oven sehingga suhu 180 darjah
2) Satukan tepung gandum, soda bikarbonat,garam dan baking powder. Ayak dalam satu bekas.
3) Putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4) Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 atau sehingga 50 minit.
5) Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan sebelum dipotong.

Sumber

You Might Also Like

1 comment

  1. kek pisang yg dibuat sendiri lg sedap dr beli yg dah siap..
    kalao nk sedap guna pisang dole.. fuh mmg layanzzz...

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90