Tonton / Download Drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati


Drama adaptasi novel Hikayat Cinta Si Pematah Hati karya E-Man Sufi menampilkan gandingan Alif Satar dan Nabila Razali. Drama dibawah terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd arahan Shalini Balasundaram. 

PELAKON :

Alif Satar sebagai Rayyan Rayqarl
Nur Nabila Mohd Razali sebagai Wafeen Wardah Awaluddin
Hafreez Adam sebagai Daniel Elhan
Nadiyah Shahab sebagai Tengku Zarynn
Yaya Zahir sebagai Valqis Aulia
Syafiq M. Nazri sebagai Uwais
Aien Zahalan sebagai Hanna
Rykarl Iskandar sebagai Firdaus
Zila Bakarin sebagai Datin Ann

SINOPSIS HIKAYAT CINTA SI PEMATAH HATI : 

Wafeen Wardah mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama lelaki ilihannya, Daniel Elhan. Sayangnya, sekian lama dia menanti masih belum ada sebarang tanda di jari. Bukan kerana tak sabar menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki bernama Rayyan Rayqarl. 

Rayyan Rayqarl yang kehilangan ibunya disisihkan oleh ayahnya yang berkahwin dengan bekas orang gaji. Rayyan Rayqarl mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya. Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja sudah mempunyai kekasih iaitu Daniel. Daniel Elhan sebenarnya adik tiri Rayyan Rayqarl. Sifat Rayyan yang suka makan karipap pusing mengingatkan Wafeen pada seorang lelaki pada zaman kanak-kanaknya. 

Sementara itu, Daniel dipaksa bertunang dengan Tengku Zarynn membuatkan Wafeen kecewa. Daniel pula tidak dapat melupakan Wafeen cuba merisik Wafeen bagi pihaknya. Rayyan yang mendapat tahu merancang dengan Tengku Zarynn untuk memenangi hati Wafeen.

You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90