#MOVIEREVIEW : Moana (2016)


Moana adalah filem animasi yang dihasilkan oleh Walt Disney Animation Studios dan dikeluarkan oleh Walt Disney Pictures. Ia merupakan filem animasi ke 56 yang dihasilkan oleh Disney. Filem ini diarahkan oleh Ron Clements dan John Musker dan co-direct oleh Don Hall dan Chris Williams. Muzik di dalam filem ini ditulis oleh Lin-Manuel Miranda, Opetaia Foa'i, dan Mark Mancina. Ketika Polynesia Purba, Maui, seorang Demigod telah menyebabkan sumpahan dahsyat yang menjejaskan kehidupan, Moana menjawab panggilan Ocean untuk mencari Demigod tersebut untuk memperbetulkan keadaan.

CAST :

Auli'i Cravalho sebagai Moana 
Dwayne Johnson sebagai Maui 
Rachel House sebagai Gramma Tala
Temuera Morrison sebagai Chief Tui
Jemaine Clement sebagai Tamatoa
Nicole Scherzinger sebagai Sina
Alan Tudyk sebagai Heihei

SYNOPSIS OF MOANA (2016) :

        Satu batu Paounamu kecil yang dimiliki oleh Dewi pulau Te Fiti telah dicuri oleh Demigod Maui, yang merancang untuk memberikannya kepada manusia sebagai hadiah. Ketika Maui cuba melarikan diri, dia diserang oleh Te Ka, menyebabkan batu Paonamu dan hook dia hilang ke dalam lautan. Maui juga tidak dijumpai selepas serangan tersebut. Setelah 1000 tahun, anak perempuan dan waris ketua di pulau Polinesia kecil Motunui, Moana dipilih oleh Ocean untuk mencari Maui tetapi dihalang oleh bapanya kerana bapanya menyatakan bahawa lautan adalah merbahaya. Tetapi setahun kemudian, penduduk kampung mengadu susah untuk mencari ikan dan tanaman mula rosak disebabkan sumpahan.

MORE >>

Ini Maui, dia yang mencuri batu Pounamu Te Fiti.

Moana masa dia masih kecil, Ocean cuba berkomunikasi dengan dia

Sumpahan Te Fiti menyebabkan tanaman rosak

Nenek Moana' menunjukkan Moana sebuah gua rahsia

Moana pergi mencari Maui dan meninggalkan kampungnya

Akhirnya, dia menjumpai Maui dengan pertolongan Ocean

Aku suka scene ni bila Ocean tolong Moana balas dendam dekat Maui

Comel weh dorang ni even jahat

Maui nak dapatkan balik hook dia belakang seekor ketam

Lepas dapat hook, Maui boleh bertukar kepada macam macam bentuk binatang

Maui bergaduh dengan Te Kā 

 Hook Maui rosak selepas pergaduhan itu

 Moana sedar bahawa Te Kā adalah Te Fiti tanpa batu Paounamu

Selepas Moana meletakkan batu tersebut, dia menjadi Te Fiti

Moana kembali ke pulaunya selepas selesai tugas dia

I find this movie is quite interesting, I love their graphic and all the funny scene. And for sure I like Heihei the most, I wanna keep him. Heihei memang scene stealer betul. Hahaha. There is a lot of issues in my country about this movie. Biasa la manusia, banyak pendapat tapi kalau nak ikutkan bukan filem ni je yang macam dihebohkan tu. But, lets not cause any 'kontroversi' or any problem. Chill. What do you think about this film? Do you like it? Do you like Heihei too? Comment down below, and tell me your experience about this film.

Rating : 8/10
IMDB Rating : 7.8/10

You Might Also Like

1 comment

  1. Sy dah download kat kisscartoon dan dah tgk, best jgk la, haha, tp x sebest elsa tu 😂

    Pernah baca kat fb ada org ckp citer mcm dajal.

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90