#MOVIEREVIEW : Minions

Assalamualaikum.




Annyeong guys! Dah tengok cerita Minions ke? Mesti dah kan, macam biasa aku selalu ketinggalan. KAHKAHKAH! Minions merupakan filem yang bergenre animasi komedi yang juga rentetan dari filem 'Despicable Me'. Filem ini ditayangkan pada 18 Jun 2015 dan diarahkan oleh Pierre Colfin & Kyle Balda.


Filem ini menampilkan pelakon suara seperti :
Sandra Bullock sebagai Scarlet Overkill
Pierre Coffin sebagai Kevin, Stuart, Bob & Minions
Michael Keaton sebagai Walter Nelson
Jon Hamm sebagai Herb Overkill
Jennifer Saunders sebagai Queen Elizabeth II
Allison Janney sebagai Madge Nelson
Steve Coogan sebagai Professor Flux and Tower Guard
Geoffrey Rush sebagai the Narrator
dan ramai lagi...



Sinopsis : 'Evolving from single-celled yellow organisms at the dawn of time, Minions live to serve, but find themselves working for a continual series of unsuccessful masters, from T. Rex to Napoleon. Without a master to grovel for, the Minions fall into a deep depression. But one minion, Kevin, has a plan; accompanied by his pals Stuart and Bob, Kevin sets forth to find a new evil boss for his brethren to follow. Their search leads them to Scarlet Overkill, the world's first-ever super-villainess.'



Dalam filem ini Kevin, Stuart dan Bob dijadikan sebagai karakter utama dalam pencarian boss baharu mereka di kota England. Dalam pencarian tersebut mereka mengharungi pelbagai kisah yang akhirnya membawa mereka kepada penjahat terulung iaitu Scarlet Overkill. Yang menariknya semasa penghujung filem, Bob menerima anugerah daripda Queen Elizabeth dan mengucapkan 'Terima Kasih'. Actually, aku banyak kali ulang part tu sebab macam tak percaya dia cakap 'Terima Kasih'. HAHAHA. Memang kelakar dan tak rugi kalau korang tengok cerita ni. Rating yang aku bagi untuk filem ni adalah 9/10. Jom tengok gambar seterusnya.


nais betul la. hahaha


banana.. banaanaa.. bananaaaaaaaa

BOB @.@

Superhero style minions

Bob sangat comel. T.T




Hashtag : review filem minion / minions / pelakon minion

You Might Also Like

1 comment

Terima kasih :)

728 x 90