CARA BERTUDUNG ZAMAN SEKARANG..

August 14, 2011


Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda : "Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk."(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)



ape yang saya nak kata ea?  tengok dan baca lah -.-
"pageview ramai,tapi tak komen...mesti korang macam ni"
*amek ayat sape tah..erk...sy tak menunding jari kat sape sape 

Tudung 'Mickey Mouse' 

Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.


Tudung Lilit

Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.


Tudung 'See Through' 

Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.


Tudung Jambul 

Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta. (Cara Pemakaian Ini Sering Digunakan Di Kalangan Isteri Menteri)


Tudung 'Singlet' 

Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.


Tudung Saji 

Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher. Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.




p/s : google search :)

You Might Also Like

9 comment

  1. nape xda tudung saji? hehehehe!!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. @kecohabes errr...tak paham...hihihi...tak tahu lah

    ReplyDelete
  4. setuju!nice entry.org skg nih pakai tudung sebab fesyen bukan pasal tutup aurat,sebab tu jadi macam2 bentuk..hehe.*ter emo ;/

    ReplyDelete
  5. itu la dia zaman sekarang..
    lebih kepada ikut fesyen..
    but as long kita tau jaga diri sendir sudah :)

    ReplyDelete
  6. cheqwa : jgn emo emo :) hihi

    nisha : jaga diri sendiri lagi bagus.. ^^

    ReplyDelete
  7. byk betul jenis tudung skang . hehe

    ReplyDelete
  8. hahhahah tudung saji !! :D
    nice la sgt ^^

    ReplyDelete
  9. haha baru hari ni ema dgr tudung "singlet" :D

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90

Flickr Images

Like us on Facebook

INSTAGRAM