Assalamualaikum
Annyeong guys! Hari ni nak cerita sedikit tentang strok haba memandangkan keadaan yang sangat panas sekarang ni. Aku sendiri pon dapat rasakan suhu yang panas even dalam bilik sendiri. 32 degree celcius (berdasarkan bacaan termometer dalam bilik) pada hari ini, kalau dekat luar aku tak tahu la berapa degree. Yang tak bestnya panas ni, terasa nak bukak aircond tapi nak jimat letrik. Sooooooooo? T.T (i cannot). Dah la rasa pening pening je, adakah aku alami strok haba?
Strok haba :
Ditakrifkan sebagai hipertermia (suhu badan yang tinggi kerana termoregulasi gagal berlaku apabila badan menghasilkan atau menyerap haba lebih daripada ia keluar) dengan suhu badan yang lebih daripada 40.6 ° C (105.1 ° F) kerana pendedahan haba alam sekitar dengan kekurangan termoregulasi (keupayaan organisma untuk mengekalkan suhu badannya dalam batas-batas tertentu, walaupun suhu persekitaran adalah sangat berbeza)
Tanda strok haba :
1. Sakit kepala berdenyut
2. Mual
3. Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
4. Denyutan nadi yang pantas.
5. Otot lemah dan kejang
6. Muntah
7. Kulit kering dan kemerahan
8. Sawan serta pitam
Langkah sekiranya terkena strok haba :
1. Berada di tempat teduh dan berhawa dingin
2. Mengelap anggota badan menggunakan tuala basah
3. Berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan
4. Mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas
5. Minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari
Punca strok haba :
1. Pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas
2. Kurang minum air
Sekarang baru tahu kenapa aku paranoid sangat pasal strok haba sebab aku minum air segelas je sehari. Okay. Nak pergi minum air banyak-banyak dulu ye. Bye! Take care!
0 comment
Terima kasih :)