Pengambilan buah tembikai bermanfaat untuk melindungi jantung terhadap penyakit dan stroke, iaitu vitamin yang disebut lycopene. Tembikai ini pastinya kegemaran orang ramai, lagi-lagi ketika waktu panas, tembikai dapat menggantikan kehilangan air dalam badan dengan cepat. Aku selalu makan tembikai, kalau tembikai sejuk lagi sedap terasa macam nyamannya dunia. hehe. Tembikai sangat-sangat mudah untuk didapati di mana sahaja, jadi tidak menjadi masalah untuk kita dapatkan tembikai ketika musim panas. Harga pun tidak mahal.
Kalau dekat negeri aku, Kelantan, kitorang panggil Timun Cina, jadi setiap kali aku cakap dengan kawan aku (bukan orang Kelantan) 'Wehhh, ade timun laaaa', mesti dorang jadi macam 'Timun? Ni tembikai laaa' Hahaha. Jadi tiap kali dorang ternampak tembikai, mesti dorang cakap 'Aliaaaa, ni ada timunn'. Hahahahaa
2 comment
nice info alya :)
ReplyDeletetembikai elok makan sebelum makan sebab dia akan buatkan kita rasa kenyang dan makan dlm kuantiti yg sedikit. tapi minum air tembikai banyak-banyak boleh terkencing dibuatnya hahahaha...
ReplyDeleteTerima kasih :)