Kenapa diet saya tak menjadi?


Kenapa diet korang tak menjadi? Korang baca tips dekat bawah ni, pasti korang pernah buat kan masa korang tengah diet. Aku selalu tak ambil sarapan ataupun lewatkan sarapan ataupun aku panggil brunch. Maksudnya aku makan antara waktu breakfast dengan lunch. Dah banyak kali juga aku dengar kalau tak sarapan memang tak menjadi diet kita, cuba menu berkhasiat macam 7 MENU DIET SIMPLE ni. Satu lagi kalau nak lebih berjaya diet korang, korang kena puasa dari gula dan nasi.



1.Tidak mengambil sarapan atau melewatkannya

Sarapan merupakan makanan permulaan hari yang penting untuk tubuh namun ramai yang mengabaikannya kononnya demi mengurangkan beberapa kilogram berat badan sebelum mengambil makan tengah hari. Tetapi, ini yang menyebabkan anda sangat lapar pada waktu tengah hari. Mengikut fakta perubatan, melewatkan sarapan hanya akan memprogramkan tubuh anda untuk menyimpan lemak bukannya membiarkan ia larut melalui metaboslime.

2.Menahan lapar

Ada juga yang sanggup berlapar hanya kerana mahu kurus sebaliknya tubuh anda memerlukan tenaga yang terhasil melalui makanan yang diambil. Bekerja menggunakan minda atau tenaga menyebabkan mudah lapar dalam masa singkat, jadi ambillah makanan yang berkhasiat setiap empat jam bagi mengekalkan tenaga sepanjang hari.

3. Makanan segera, ringan dan proses

Tidak salah untuk menikmati makanan segera sekali-sekala, namun cuba ubah selera makan anda. Makan makanan yang dimasak berbanding makanan segera. Ketahuilah mereka yang gemar makan makanan segera mudah naik berat 10 kali ganda lebih banyak daripada biasa. Makanan proses seperti nuget, sosej atau kentang goreng memang mudah disajikan namun makanan ini mengandungi lemak dan kalori yang tinggi serta tidak mempunyai nutrisi yang banyak untuk tubuh. Sementara makanan ringan boleh diambil namun biarlah yang sihat seperti buah epal dan kekacang.

4. Minum minuman tinggi kalori

Badan tidak dapat mengesan jumlah kalori cair yang diambil jadi, anda perlu waspada terhadap minuman berkalori tinggi seperti kopi dengan ‘whipped cream’, soda, alkohol dan minuman tenaga.

5. Tidak minum cukup air

Ketika merasa lapar, cubalah untuk meminum air kosong. Rasa lapar sering timbul kerana tubuh hanya memerlukan sedikit tambahan air. Manusia sering salah menterjemahkan isyarat daripada hormon sama ada itu lapar atau haus. Air sangat diperlukan tubuh untuk membakar kalori. Namun, mengambil air yang berlebihan daripada jumlah diperlukan akan meningkatkan jumlah isi padu darah yang akan membebankan jantung dan salur darah anda. Pengambilan air bergantung kepada situasi masing-masing termasuk diet harian, amalan bersenam dan juga persekitaran. Apa yang anda benar-benar perlukan adalah cecair yang cukup untuk menggantikan apa yang anda hilang setiap hari sama ada dalam bentuk peluh, air kencing, pernafasan, dan proses tubuh yang lain. Itu semua memerlukan 8 – 10 gelas setiap hari.

6. ‘Crash diet’

Istilah ini bermaksud pengalaman diet yang terlalu ekstrem secara tiba-tiba, sebagai contoh diet dengan meminum jus buah sebenar. Benar, berat badan dapat dikurangkan tetapi hanya dalam jangka masa yang singkat sahaja. Otot badan juga menjadi lembik dan tidak pejal. Badan manusia memerlukan perubahan secara perlahan-lahan bagi membolehkan kesannya tahan lama.

7.Kuantiti berlebihan

Apa juga makanan jika diambil dalam kuantiti yang terlalu banyak boleh menyebabkan kegemukan, walau ia rendah lemak sekalipun.

8. Waktu rehat (cheat day)

Ramai yang mengamalkan diet mereka secara berdisiplin dengan senaman yang betul dan pemakanan yang teratur. Namun, mereka menganggap susah payah dalam berdiet ini perlu ada masa rehat di mana satu hari dalam seminggu dijadikan masa untuk menghadiahkan diri sendiri dengan makanan lazat tanpa mengira kalori dan lemak. Diet tidak sepatutnya menjadi sesuatu yang membebankan kerana ia untuk kebaikan diri. Diet yang baik adalah memasukkan makanan kegemaran anda dalam diet harian dan menyeimbangkannya dengan buah dan sayuran serta senaman berterusan.

9. Memilih jalan pintas

Tidak sedikit orang yang memilih jalan pintas untung mengurangkan berat badan dengan cara segera seperti menggunakan ubat-ubatan, suplemen, atau bahkan rawatan menyedut lemak. Ingatlah bahawa selama metabolisme tubuh anda belum berada di jalur yang betul, semua cara itu tidak akan memberikan hasil yang terbaik. Perbaiki dulu metabolisme tubuh anda dengan cara bersenam dan menjaga pola pemakanan.

10. Henti minum susu

Ramai yang menganggap susu adalah punca utama kegemukan, lalu berhenti minum susu. Jangan, kerana ia mengandungi sumber kalsium dan protein utama. Ada kajian mendapati tubuh yang mempunyai kalsium mencukupi dapat membakar lemak dengan lebih baik.

Sumber : laman web Kevin Zahari

You Might Also Like

1 comment

Terima kasih :)

728 x 90