Tonton / Download Drama Menantu Ting Tong


Drama terbitan Enuja Production Sdn Bhd itu diarahkan oleh Nazir Jamaluddin. Drama ini menampilkan gandingan baru Azrel Ismail dan Nur Ruhainies sebagai pelakon utama.  

PELAKON :

Azrel Ismail sebagai Luqman
Nur Ruhainies sebagai Marsha
Ben Amir sebagai Mikhail
Tash Yong sebagai Fatihah
Amyza Aznan sebagai Puan Latifah
Aleza Shadan sebagai Puan Rozie
Zulkifli Mohd Salleh sebagai Mazlan
Duerra Mitilda Amir sebagai Aina
Elgy sebagai Abang Jem
Suzanne Roberto Ortiz sebagai Boss Mikail
Arriff Sumbu sebagai Atok Ismail
Ain Sufia sebagai Hawa
Ira Ghani sebagai Suzanna
Natashah Ismail sebagai Doktor
Siti Ruwiyani sebagai Bibik

LAGU TEMA / OST MENANTU TING TONG

Tajuk : Menantu Ting Tong
Penyanyi : Oja

SINOPSIS :

Mengisahkan tentang kekecohan dan konflik yang berlaku antara dua buah keluarga iaitu keluarga Tuan Mazlan dan Puan Rozie serta keluarga Encik Ismail dan Puan Latifah. Dua buah keluarga yang berbeza status dan darjat serta cara kehidupan. Keluarga Tuan Mazlan adalah dari golongan ‘high class’ dan sudah terbiasa dengan kehidupan mewah manakala keluarga Encik Ismail pula dari golongan sederhana dan sangat berjimat cermat dengan perbelanjaan harian.

Konflik bermula apabila Marsha, anak bongsu pasangan Tuan Mazlan dan Puan Rozie telah jatuh cinta dengan Luqman anak lelaki Encik Ismail dan Puan Latifah. Puan Rozie sangat menentang keras perkahwinan mereka kerana baginya Luqman tidak layak untuk Marsha apatah lagi lepas kahwin Marsha kena tinggal bersama keluarga mertuanya. Marsha yang sudah biasa tinggal di bangle mewah yang serba lengkap kini terpaksa tinggal di kawasan perumahan kos rendah yang sangat sempit dan hanya ada satu bilik air untuk dikongsi bersama keluarga .

Berkali-kali Puan Rozie pujuk Luqman dan Marsha untuk tinggal di banglo mewah bersama mereka. Namun, Luqman menolak dengan baik kerana dia tidak mahu mengambil kesempatan atas kemewahan keluarga isterinya serta mahu berusaha yang terbaik untuk menyediakan kelengkapan hidup selepas berkahwin.

Marsha yang tidak pernah melakukan kerja-kerja rumah sebelum ini sering dileteri oleh Puan Latifah. Marsha cuba mengambil hati ibu mentuanya dengan belajar memasak, menanam dan mencuci tetapi ada sahaja yang tak kena. Jadi, bermulalah perang dingin antara Puan Latifah dan Puan Rozie.

Bagaimanakah Luqman dan Marsha menyelesaikan konflik tersebut?



You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90