Tonton / Download Drama 2000km Ke Al-Haram



Drama bersiri berjudul 2000km Ke Al-Haram dibintangi oleh Syazwan Zulkifly, Mia Ahmad, Iqram Dinzley, Janna Nick dan ramai lagi. Drama terbitan  D'Taja Intergrated Visio Sdn Bhd arahan Harris Fadzillah.

PELAKON

Syazwan Zulkifly sebagai Hadi
Dato Jalaludin Hassan sebagai Suhaimi
Mia Ahmad sebagai Iqa
Janna Nick sebagai Inas
Iqram Dinzly sebagai Daniel
Mawar Rashid sebagai Sazzy
Zulkifli Ismail sebagai Azli
Amyza Aznan sebagai Noni
Liza Abdullah sebagai Salmah
Kahiril Anuar sebagai Farid
Marisa Yasmin sebagai Maria

SINOPSIS 200KM KE AL-HARAM

Perkahwinan Salmah bersama Suhaimi tidak direstui keluarganya yang menganggap Suhaimi tidak setaraf mereka. Salmah tetap setia mencintai Shuhaimi seikhlas hati dan dikurniakan seorang anak bernama Hadi. Hidup mereka mula diuji bila Suhaimi yang telah tamat kontrak kerja dan mula mengalami masalah kewangan. Suhaimi bukan sahaja terpaksa akur dengan keputusan Salmah untuk bercerai, malah terpaksa reda apabila Salmah mahu memisahkan dirinya dengan satu-satunya anak tunggal mereka, Hadi.

Hadi dibesarkan oleh ibunya, Salmah dan bapa tirinya Azli. Apabila dewasa, Hadi menyambung pelajaran ke luar negara. Sekembalinya ke tanah air, Hadi berubah menjadi seorang anak yang liar dan jauh dari pegangan agama hingga dia terlewat mengetahui keadaan Salmah yang sakit akibat kanser.

Bapa kandung Hadi yang berada di Doha begitu ingin mengenali Hadi walaupun Hadi kelihatan dingin. Dia merancang untuk membawa Hadi ke Doha dan mengerjakan ibadah umrah bersamanya dengan harapan Hadi berubah menjadi lebih baik.

Perkenalan tanpa dirancang antara Hadi dengan Iqa tidak bermula dengan baik. Mereka sering bertelagah dan menyebabkan hubungan mereka amat dingin. Namun, pertunangan mereka sedikit sebanyak telah merubah dirinya menjadi seorang yang baik. Hadi mula menunjukkan perubahan sikapnya apabila dia kehilangan pekerjaan. Hadi akhirnya bersetuju untuk mengikut bapanya, Suhaimi ke Doha.

Di sana, Hadi sekali lagi bertemu Iqa. Pertemuan secara tidak sengaja antara dia dan Iqa telah menimbulkan satu perasaan istimewa. Namun kedua-duanya cuba menafikan dan Hadi mahu menyembunyikan perasaan terhadap Iqa. Sepanjang di Doha, Suhami telah membimbing Hadi ke arah agama. Hadi diajar mengenai ibadah dan ilmu agama dengan harapan Hadi berubah menjadi hamba Allah yang baik.

Namun, sebagai manusia bukan mudah untuk berubah menjadi insan yang baik. Malah setiap perubahan harus dilaksanakan dengan perlahan-lahan dengan niat yang murni. Bagi Hadi, ‘cinta’ adalah kunci buat segala-galanya. Cinta juga bakal membawa perubahan dalam hidupnya terutama membina cinta ke jalan yang diredhai Allah SWT.

Adakah Suhaimi berjaya membimbing Hadi ke arah yang lebih baik? Bagaimana hubungan Hadi dan Iqa?

You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90