Eiiii....AWAK NI MULUT BUSUK BETUL LAH! BAU LONGKANG!


mama :aliaaa! bangunn! sahurr!
alia : mama buat ho ho horlick ea?
mama : ho ho hotak hang! bangun cepat..!

#adesss...-.-



tips elak mulut berbau busuk!


*kredit to google.com (:

MULUT SEHARUM KASTURI DISISI ALLAH,TAPI 
BAU LONGKANG BAGI MANUSIA..

pernah bergaduh macam ni? erkk,,, saya tak pernah sebab :

Imam Ahmad, Muslim dan al-Nasaie meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa'id, Sesungguhnya Allah berfirman: Sesungguhnya puasa bagi-Ku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.




  • KORANG KENA BERUS GIGI,LIDAH DAN GUSI
Gunakan benang flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah gigi.gusi tu jgn berus kuat kuat kang berdarah pulak...lepas bersahur,terus berus gigi dan berkumur guna ubar kumur.Pilih cecair pembersih mulut beranti septik yang rendah kandungan alkohol kerana alkohol bertindak mengeringkan mulut dan nafas akan lebih cepat berbau.lidah perlu dibersih dengan baik dan dinding dalam pipi dan lelangit kerana bakteria penyebab bau mulut lebih aktif membiak pada lidah berbanding gigi.

  • JUMPA DOKTOR
Jumpa doktor gigi 3 bulan sekali untuk check gigi atau bersihkan plak jika perlu. Plak adalah tempat kegemaran bakteria berkumpul dan menyebabkan nafas berbau. kalau ade gigi berlubang pun,,boleh menyebabkan mulut berbau..cepat cepat pegi tampal..kalau takut jumpa doktor? hrmmm..kne pegi jumpa jugak...makan makanan yang byk kalsium ye..



  • KURANGKAN BERCAKAP
maknanya jangan la pot pet pot pet sana sini..baik dok diam diam je puasa puasa ni..
“Kalau dalam Islam sendiri pun, Nabi berpesan supaya kita kurangkan bercakap bagi mengelak berkata perkara yang tidak baik. Seeloknya ia diamalkan ketika berpuasa bagi mengurangkan masalah nafas berbau,” kata Dr. Nazli.


  • ELAKKAN AMBIL MAKANAN BERBAU
Kurangkan pengambilan makanan seperti bawang, bawang putih, keju,durian, susu, daging,telut,PETAi dan jering.banyak lagi makan berbau nih...adesss... 

  • BANYAKKAN MINUM AIR
ini untuk menambahkan kembali cecair didalam badan kita dari mulut kering dan berbau


tips zaman saya kecik kecik :)

1) kunyah pucuk jambu batu
2) berkumur dengan air garam
3) ambil daun sirih dan ramaskan dalam air. berkumur dgn air itu







You Might Also Like

6 comment

  1. hahaha tak pernah lg gaduh mcm dlm gambar tu

    tp ema kalau diam tak bercakap, sbb tu boleh jd busuk =.=

    ReplyDelete
  2. adesss.... macam tu pon ade jugak.. hihihi..

    ReplyDelete
  3. huhu..xpe..biar busuk sekarang,akhirat nnt wangi la kan..hee

    ReplyDelete
  4. kumur dengan air garam tu pernah amalkan..tapi pucuk jambu xpernah lak..ehhehe

    ReplyDelete
  5. pucuk jambu tu sy salu mkn ..
    hehe .. nih mulut sy semerbak kasturi tawu haha :D

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90