Tips memberitahu rahsia
Assalamualaikum
Hai. Hari ni nak kongsi sedikit rahsia dengan korang, supaya korang pon boleh kongsi rahsia korang dengan orang yang korang yakin dan percayai. Kadang kadang dengan rakan karib kita sendiri pun kita tak dapat nak kongsi rahsia dengannya serta merta kan? Semua orang pernah hadapi perkara ni. Hati korang pastinya lebih resah bila tidak dapat meluahkan rahsia tu. Mungkin korang tak perlu terus menyimpan rahsia tu lagi. Kadangkala meluahkan adalah lebih baik daripada menyimpan dan berterus terang adalah lebih baik daripada terus tidak berlaku jujur. Jadi, bagaimana hendak memberitahunya? Jomm..
1) Percaya
- Korang perlu mempercayai orang yang korang sudah menceritakan rahsia besar itu kepadanya. Mungkin rahsia itu selama ini membebankan korang, jadi inilah masanya untuk berkongsi beban itu bersama.
2) Beri sebab
- Beri sebab kenapa korang lambat memberitahu rahsia tersebut. Korang sememangnya mempunyai sebab tertentu, maka jelaskan kepadanya. Dia pastinya perlu mengetahui sebab korang tu dan jangan biarkan dia tertanya-tanya.
3) Masa yang sesuai
- Cari masa yang sesuai untuk memberitahu rahsia tersebut. Jangan beritahu ketika mereka sedang sibuk, sedang bermasalah atau mungkin tidak dapat menumpukan kepada perkara yang ingin kamu sampaikan. Takut nanti hal itu akan mengecilkan hatinya sebab korang simpan terlalu lama.
4) Jangan memaksa
- Jangan memaksa mereka menerima apa yang kamu sampaikan serta merta. Lebih besar rahsia korang, maka lebih banyak masa yang korang perlu sediakan untuk mereka menerima. Bagi mereka ruang, adakalanya mereka perlu berfikir sendirian dan bukan bermakna dia tidak menerimanya.
5) Mohon maaf
- Mohon maaf kerana merahsiakan rahsia itu selama ini. Maaf ini penting untuk memastikan hubungan korang masih baik. Korang mesti tak nak mereka simpan dendam atau berkecil hati dengan tindakan korang selamanya.
6) Bahasa mudah
- Gunakan bahasa yang mudah untuk menyampaikan rahsia tu. Berterus terang dan bercakap secara terus adalah lebih baik daripada banyak berselindung. Ia hanya akan mengusutkan lagi keadaan,
7) Bersedia
- Korang seharusnya bersedia menerima respons atau tindakan mereka apabila korang memberitahunya rahsia itu. Mungkin korang akan menerima respon yang negatif. Bersedia untuk menghadapinya dan fikirkan cara untuk menukarkan ia menjadi positif.
8) Gunakan media digital
- Mungkin korang sukar untuk berhadapan muka ke muka dengan mereka. Cara lain yang boleh digunakan ialah dengan menyampaikannya dengan pesanan SMS, email atau sebagainya. Kadangkala korang pasti tidak tahu untuk memulakan apabila secara berhadapan tapi menerusi media mungkin korang mampu untuk berterus terang.
Susahkan bila dah ada rahsia yang korang kena simpan, mesti korang rasa sangat terbeban dengan perkara tersebut. Kalau korang seorang pelajar , mesti rahsia tersebut dapat menjejaskan pelajaran korang. jadi cubalah untuk berkongsi rahsia itu dengan orang lain juga. Tak semestinya rakan korang, mungkin terbaik adalah keluarga sendiri. Betul tak? Selamat mencuba ya...