#MOVIEREVIEW : Alice Through the Looking Glass (2016)

November 24, 2016


Alice Through the Looking Glass merupakan filem pengembaraan fantasi yang diarahkan oleh James Bobin, ditulis oleh Linda Woolverton dan dihasilkan oleh Tim Burton, Joe Roth, Suzanne Todd dan Jennifer Todd. Filem ini adalah berdasarkan kepada watak-watak dicipta oleh Lewis Carroll dan merupakan sekuel kepada filem 2010 Alice in Wonderland. Dalam filem ini, Alice kembali ke Wonderland dengan kaca ajaib.

Pelakon :

Johnny Depp sebagai Hatter Tarrant Hightopp
Mia Wasikowska sebagai Alice Kingsleigh
Helena Bonham Carter sebagai Iracebeth
Anne Hathaway sebagai Mirana
Sacha Baron Cohen sebagai Time
Rhys Ifans sebagai Zanik Hightopp
Matt Lucas sebagai Tweedledee / Tweedledum
Lindsay Duncan sebagai Helen Kingsleigh
Leo Bill sebagai Hamish
Geraldine James sebagai Lady Ascot

Pelakon Suara :

Alan Rickman sebagai Absolem
Timothy Spall sebagai Bayard
Paul Whitehouse sebagai Thackery
Stephen Fry sebagai Cheshire Cat
Barbara Windsor sebagai Mallymkun
Michael Sheen sebagai McTwisp
Matt Vogel sebagai Wilkins

Sinopsis Alice Through the Looking Glass :

Alice Kingsleigh telah menghabiskan tiga tahun mengikut jejak langkah ayahnya dan belayar. Apabila dia pulang ke London dari China, dia mendapati bahawa bekas tunangnya, Hamish Ascot, telah mengambil alih syarikat ayahnya dan merancang untuk menjual kapal ayah Alice sebagai pertukaran untuk rumah keluarga Alice. Kerana tidak dapat membuat pilihan, Alice melarikan diri, dan pergi ke sebuah taman disitu dia berjumpa rakan rama-rama dia Absolem, yang hilang melalui cermin misteri di salah satu bilik di tingkat atas, lalu kembali ke Wonderland. Di sana, Alice disambut oleh Mirana, Nivens McTwisp, the White Rabbit, the Tweedles, Mallymkun, the Dormouse, Thackery Earwicket, the March Hare, Bayard, dan the Cheshire Cat.  Mereka memberitahu Alice bahawa Hatter dalam keadaan kurang baik kerana teringat akan keluarganya yang hilang berikutan serangan daripada Jabberwocky. The White Queen memujuk Alice untuk meyakinkan Masa untuk menyelamatkan keluarga Mad Hatter pada masa lalu, mempercayai dia menjadi satu-satunya yang boleh menyelamatkan Hatter. 

Semasa berada di istana Masa, Alice berjumpa dengan Masa untuk menyatakan hasratnya untuk kembalikan keluarga Hatter tapi dihalau oleh Masa. Tidak lama kemudian, pekerja Masa datang memberitahu bahawa kekasih Masa akan datang ke istana dan Alice bersembunyi untuk melihat siapa gerangan kekasih Masa tersebut. Alice amat terkejut apabila melihat Red Queen berada di istana Masa. Alice tidak mempedulikan amaran Masa bahawa masa lalu tidak boleh diubah-ubah, dan  Alice mencuri Chronosphere. Alice menaiki Chronosphere dan secara tidak sengaja terus ke hari penabalan Iracebeth dimana pada hari itu, Iracebeth dimalukan kerana mahkota tidak muat pada kepalanya. Ini menyebabkan Iracebeth marah dan ayahnya membatalkan penabalan beliau dan terus menabalkan Mirana sebagai ratu.

Sinopsis seterusnya >>KLIK SINI<<


Masa ni Alice tengah berlayar dekat Selat Melaka. Lol

Hamish dengan bini dia

Ni la cermin ajaib tu

Alice melawat Hatter selepas dia tahu Hatter dalam keadaan tidak baik

Aku suka dua kembar ni, haha

Ni lah Masa

Kesian Iracebeth, selalu cari kasih sayang

Hari penabalan Iracebeth tapi mahkota tak muat

Alice naik Chronosphere

Iracebeth masa kecil, comel gila dia

Family Hatter yang disimpan oleh Iracebeth sebab Iracebeth berdendam dengan dorang

Rating aku : 7/10
Rating imdb : 6.3/10

You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90

Flickr Images

Like us on Facebook

INSTAGRAM