#RESIPI : Sup Cendawan Mudah

Sup Cendawan Simple & Sedap

Bahan-bahan :

500 gram cendawan
1 biji bawang besar (bersaiz sederhana & dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
200 gram isi ayam
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk/ boleh digantikan dgn cili padi ikut kesukaan )
Garam
Sedikit minyak utk menumis
2 cawan air


Cara-cara :

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan lada hitam hingga kekuningan.
Masukkan ayam yg telah dipotong kecil-kecil dan kacau hingga separuh masak.

2. Kemudian masukkan air dan biarkan hingga mendidih. Masukkan cendawan.

3. Letak garam dan perasakan mengikut citarasa anda.

4. Setelah cendawan layu, tutup api. Jgn masak terlalu lama.


Sumber : My Resipi

You Might Also Like

4 comment

  1. Nice info alya :) demam demam bleh buat menu ni

    ReplyDelete
  2. wah, simple ni, tq nak cubalah nanti :D

    jemput singgah dan komen ke blog saya pula

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
  3. makan dengan bubur sedap jugak ni.

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90