Tonton / Download Drama Cinta Masam Manis

November 01, 2016


Drama bersiri berjudul 'Cinta Masam Manis' terbitan Orangetree Productions Sdn Bhd diarahkan oleh Eoon Shuhaini. Mengandingkan Zamarul Hisham dan Izara Aishah sebagai pelakon utama. Turut dibintangi oleh Raja Ilya, Sweet Farhanna, Shah Jaszle, Mimi Ernida dan ramai lagi. 

PELAKON
Zamarul Hisham as Johan
Izara Aishah as Nor Sarah Mahmod
Raja Ilya as Tasya 
Sweet Farhanna as Hanna
Alis Mariya as Hanis 
Shah Jaszle as Erman
Mimi Ernida as Syira
Danny X-Factor as Asraff Halim

SINOPSIS
Hisham seorang duda yang mempunyai dua orang anak iaitu Hanna, 18 tahun dan Hanis, 12 tahun. Bekas isterinya, Tasha meninggalkan beliau untuk meneruskan kejayanya di luar negara. Sejak dari itu, keutamaan diberikan kepada anaknya dan mendapati dirinya sukar untuk jatuh cinta lagi sehinggalah dia bertemu dengan Zaleha. Zaleha adalah seorang gadis muda ceria yang 20 tahun lebih muda daripada Hisham. Kedua-dua mereka jatuh cinta tetapi terperangkap dalam konflik di antara anak-anak, keluarga dan bekas isteri.

Apabila Hisham memperkenalkan Zaleha kepada anak-anaknya, Hanna menentang sekeras-kerasnya hubungan mereka kerana merasakan Zaleha hanya mengejar kekayaan ayahnya. Tambahan pula, perbezaan umur antara mereka tidak terlalu jauh membuatkan Hanna tidak senang. Sebaliknya, Hanis berasa gembira buat ayahnya kerana dia merasakan tiba masanya untuk ayahnya mengecapi kebahagian sendiri.

Malangnya, bukan sahaja Hanna tidak bersetuju dengan hubungan mereka, ibu Zaleha, Faridah turut menentang kerana mahu sepadankan Zaleha dengan anak kawan baiknya, Erman. Lebih teruk lagi, apabila Tasha kembali menagih cinta Hisham. Melihat situasi tersebut, Faridah berkomplot dengan Tasha untuk memisahkan Hisham dan Zaleha.



You Might Also Like

1 comment

Terima kasih :)

728 x 90

Like us on Facebook

INSTAGRAM