#RESIPI : Agar-Agar Laici Berkuah

November 26, 2016


Bahan-Bahan :

1 tin laici (asingkan airnya,
Separuh buah laici dihiris nipis, separuh lagi diblend halus)
1 ½ cawan gula pasir
1 peket agar-agar (20 grm)
2 helai daun pandan
5 cawan air

Cara-cara :

1. Masak agar-agar dgn air sampai larut bersama dengan simpulan daun pandan.
2. Kemudian, masukkan gula. Selepas gula hancur tapis.
3. Masukkan semula ke dalam periuk.
4. Masukkan air laici yang telah diasingkan tadi dan laici yang telah diblend halus tadi. 
5. Kacau rata untuk beberapa minit sampai didih.
6. Kemudian tuang ke dalam acuan yang telah disejukkan terlebih dahulu dlm peti ais. 
7.Taburkan hirisan laici tadi. Kacau sedikit supaya hirisan tidak terkumpul disatu tempat sahaja. 
8. Sejukkan.

Bagi kuah semasa menghidangkannya:
Setengah cawan susu cair
Setengah cawan air laichi dalam tin
1 sdb tepung jagung
2 sb gula.
Masak sebentar di atas api kecil. Tambah air jika kuah terlalu pekat.

Hidangkan semasa sejuk.

Sumber : Resipi Sedap

You Might Also Like

1 comment

Terima kasih :)

728 x 90

Like us on Facebook

INSTAGRAM