#RESIPI : Kek Batik Oreo

November 19, 2016


My favourite, sedapnyaaa. Selamat mencuba semua :)

Bahan-bahan:
- 2 cawan Milo 
- 3 sudu besar serbuk koko 
- 250g mentega
- ½ tin susu pekat 
- lebih kurang 30 keping biskut Marie (dipatah-patahkan) 
- 2 paket biskut Oreo (setiap biskut dipotong empat)

Cara-cara: 
1. Dengan api kecil, cairkan mentega 
2. Tambah susu pekat dan gaul sehingga sebati 
3. Tambah Milo dan serbuk koko, dan gaul sehingga tiada ketulan 
4. Tutup api; masukkan biskut Marie yang dipatah-patahkan dan gaul 
5. Masukkan separuh adunan ke dalam baking tin 
6. Tabur kepingan Oreo ke atas adunan 
7. Masukkan separuh lagi adunan dan ratakan 
8. Hias dengan kepingan Oreo 
9. Masukkan ke dalam peti sejuk semalaman 
10. Untuk hidang, celup pisau dalam air panas dan potong mengikut saiz yang diingini

Sumber : Says

You Might Also Like

3 comment

  1. *insert drooling emoji*


    blogwalking :D theathra.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. kek batik memang win antara kek, kadang akak buat jadi kadang tak jadi huhuhu..

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90

Like us on Facebook

INSTAGRAM