#BEAUTYREVIEW : Vitamin C Face Mist Oleh By Myna



Kalau korang ingat, hari tu aku menang giveaway dari blogger khezmaira (3 gabungan blogger). Aku dapat vitamin c facemist dari by myna ni. Memang aku selalu stalk instagram by myna, membilang hari bila nak beli facemist dan produk dia yang lain. Last-last rezeki juga dapat facemist ni, Alhamdulillah.

Best ke tak produk ni? Menjadi ke tidak vitamin c facemist ni? Bagi jenis kulit muka aku iaitu kombinasi, facemist ni boleh memberikan hasil yang sangat bagus. Aku dah guna produk ni selama 2 bulan dan aku selesa menggunakan facemist ni setiap pagi dan malam sebelum tidur. Muka aku yang sebelum ni berminyak macam boleh goreng pisang dah berkurang minyak dia. haha. Serius best. Lepas dah apply facemist ni aku urut sikit muka supaya dapat masuk ke dalam kulit, hasilnya kulit lebih soft dan jerawat pun malu nak keluar.

Even dah guna selama 2 bulan, masih banyak lagi facemist ni dalam botol, kira jimat juga la. Sebab sekali spray macam air hujan juga dekat muka aku ni.



Manfaat Facemist :

✔️ Anti bakteria
✔️ Melawan bakteria menyebabkan jerawat
✔️ Pelembap
✔️ Pastikan kulit sentiasa sihat dan berseri
✔️ Helpful at soothing dry, irritated skin & acne-prone skin
✔️ Mengecilkan pori
✔️ Meremajakan kulit
✔️ Digunakan sebagai toner dan pelengkap solekan
✔️ Merawat selaran matahari


Siapa yang boleh guna Facemist ni?

Sesuai untuk semua jenis kulit dan sesuai untuk remaja dan kanak-kanak


Berapa lama Facemist ni bertahan?

Sebotol 100ml. Boleh digunakan sehingga 1-2 bulan. Guna setiap hari sebelum tidur dan selepas bangun!


Cara penggunaan?

Basuh muka dulu ok.
Pegang Facemist dalam 5-6 inci dari muka lepas tu sembur dekat muka
Tunggu kejap bagi dia serap dan tepuk tepuk kalau dah terlebih sembur
Lepas tu, korang boleh apply pelembap korang
SIAP CHUOLLS!!

You Might Also Like

2 comment

  1. dengan cuaca panas skang ni, elok sngt la kita pakai spray2 ni :)

    ReplyDelete
  2. face mist ni sbenarnya utk apa ya?

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90