Tutorial 28 : 400 Bad Request


Sebelum ni aku selalu buka nuffnang tapi keluar 400 bad request ni. Korang pernah jadi macam ni tak walaupun bukan laman web nuffnang, sebab laman web lain pun boleh jadi juga macam ni. Jadi aku nak kongsikan tutorial cara nak hilangkan 400 bad request ni. Ada dua cara yang korang boleh guna.

Cara 1 :

1. Cari 'View Site Information'



2. Klik pada 'View Site Information', kemudian dia akan keluar berapa cookies yang ada pada website tu.



3. Klik pada cookies tu dan kemudian remove semua cookies yang ada.


4. Settle!


Cara 2 :

1. Buka 'history' browser korang. (aku guna google chrome)



2. Kemudian korang klik pada 'clear browsing data..', nanti akan keluar macam dekat bawah ni. korang pilih 'the beginning of time' dan seterusnya cuma perlu tick pada 'cookies and other site and plugin data' sahaja. Lastly, klik 'clear browsing data'



3. Settle!


Aku lebih suka cara 1 dari cara 2 sebab cara 2 nanti semua social media wesite korang akan logout sebab kita dah clearkan browing data tadi kan. Tapi kalau cara 1 dah tak boleh buat apa apa, memang cara 2 je jalannya.

Selamat mencuba.

You Might Also Like

2 comment

Terima kasih :)

728 x 90