#BOOKREVIEW : Gantung oleh BukuFixi




Apa khabar orang kampung? Semua sihat? Panas? Jangan lupa minum air kosong banyak-banyak ya. Aku nak cerita tentang buku dari one of my favourite publisher iaitu Buku Fixi. Kalau korang peminat publisher ni kita geng. hahaha. Aku memang suka semua buku buku dorang ni dari depan sampai belakang, haha, maksud aku dari cover depan buku sampai cover belakang buku. Ni kira dah termasuk introduction, isi kandungan dan penutup sekali la.

Penulis : Nadia Khan
Penerbit : Buku Fixi
Genre : Seram, Remaja, Mindfuck, Cinta, Persahabatan, Gender.



Sinopsis Pendek :

"Musketeer Code - no all for one, just one for all."

Gibbs, Ray, KJ dan Troll – sekumpulan pelajar lelaki paling popular dan paling akrab di sebuah sekolah asrama elit. Mereka berempat mencipta Musketeer Code - peraturan yang tidak membenarkan sesiapa antara mereka mempunyai steady girlfriend, tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan untuk dikongsi oleh semua.

Sehinggalah peraturan itu dilanggar... dan seorang awek psiko mencetuskan tragedi yang bakal menghantui hidup mereka semua. Kemudian —

Pandangan Aku :

Aku suka plot yang diceritakan dalam novel ni dimana plot yang pertama mengisahkan tentang kisah Gibbs, Ray, KJ dan Troll di sekolah/asrama manakala plot yang kedua tentang kisah Khalil dan 'Cikgu' yang pada akhir penceritaan novel baru pembaca tahu gerangan mereka berdua ini. 

Memang mind blowing juga la penceritaan dia sebab membuatkan aku terfikir siapa sebenarnya Gibbs, Ray, KJ, Troll, 'Cikgu', Deepa, Farah, Khalil, Jeremy dan Lina. Ada beberapa part awal yang aku bajet dapat tangkap siapa sebenarnya Jeremy tapi tanggapan aku salah sebab Jeremy adalah 'future person' yang mempunyai minat yang sama seperti Ray dalam cerita ni. Hantu prankster yang selalu kacau Lina tu pula aku tak dapat nak tangkap juga siapa tapi last-last baru aku tahu.

Kalau tak silap aku ada part yang dalam bilik Jeremy yang membuatkan aku memandang sekeliling bilik aku for real dimana dia diganggu oleh 'something'. Pergh, lambat aku tidur hari tu. Buku ni sesuai untuk pembaca yang matang sahaja sebab terlalu banyak scene yang tak sesuai dengan imaginasi budak-budak. Aku baca pun terkejut. lol.

Tahap fiksyen keterbukaan dia menyebabkan aku fikir 'Emh..Emh..Emh.. Mudah betul jadi lauk dan mudah pula untuk cari lauk'. Siap paranoid adakah ini penyebab isu semasa remaja sekarang. hhaha

Ending dia pun aku tak jangka sebab aku ingat 'hantu' yang menyebabkan semua tu berlaku tapi sebenarnya ada orang lain tolong balas dendam atas kematian Deepa. Aku tak tahu nak cakap macam mana, aku kasi 4 bintang purnama dekat novel ni. Semua best tapi keterbukaan tu aku kurang sikit, gila kau dapat imaginasi pelik-pelik, pendosa kejap (eleh, macam baik) . huuuuuu (cuba jadi baik laaa)

You Might Also Like

3 comment

  1. opi suka baca buku fixi yg seram seram.haritu baca pun lambat tidur gak . hahaha. dah xingat dah cite dia pasal apa. haha. kena baca balik ni😄😄

    ReplyDelete
  2. alya, jd tak nk buat buku rental? klau jd, contact akak ayunieramli@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Haaaa~ ada jugak pernah belek2 buku Fixi nie . Tapi tak pernah terlintas nak beli. Hihihi... Tq for review . Apa tajuk yang menarik lagi dari buku Fixi , alya? =)

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90