Apa khabar semua? Sihat ke? Hari ni aku nak cerita sedikit tentang morning routine aku atau pun rutin pagi apa yang aku buat. Aku just nak kongsi sahaja sebab macam kosong sangat blog ni. Phewww, susah jadi blogger tanpa idea macam aku ni. Hehehe. Blog aku pulak asyik 10, 5, 12 gambar dan pening. LOL
So, here we go. Apa yang aku buat pagi-pagi?
1. Minum air kosong
Bangun dari tidur terus minum air kosong. Sebab orang cakap masa tu la bagus minum air untuk sistem penghadaman dan nampaknya berhasil juga kadang-kadang.
2. Solat subuh
Bangun subuh bukan senang kalau nak tahu kecuali malam tadi tidur pukul 9 malam, memang macam magic je bangun pagi, simple dan senang. Kalau tidur pukul 1 atau 2 memang nahas. Solat subuh 2 rakaat ye, bukan empat.
3. Exercise
Aku bukan jenis jogging, so aku buat exercise simple sahaja contohnya buat squat, lompat bintang, lari setempat dan senaman yang senang lain. Buat dalam 5-10 minit sahaja sehari.
4. Mandi
Mesti la mandi kan sebab nak segar pagi-pagi melainkan korang jenis mandi malam tadi, tidur dengan penghawa dingin lepas tu bangun tidur cuma basuh muka sahaja lain cerita. Aku suka mandi dulu baru rasa segar, kepala pun rasa ringan sikit. mata kembali menyinar.
5. Sarapan pagi
Sarapan aku simple-simple je sebab nak jaga badan (kunun) contohnya aku buat telur separuh masak dan bawa bekal air. Orang cakap kena sarapan pagi kalau nak tak nak gemuk.
6. Solat dhuha
Kalau korang free waktu pagi masa waktu bekerja ataupun dekat rumah, elok sangat korang buat solat dhuha kejap. 2 rakaat je tak pun korang boleh buat 4 rakaat.
Selamat mencuba :D
2 comment
Eh..lebih kurang dengan akak hehehe.. :)
ReplyDeletepagi tak nyempat nk breakfast. Air pun nyempat kat ofis dah. apatah lg nk buat tlor msk sparuh. kdang jeles dgn orang yg ade time untuk prepare brekafast kat rumah. Yuni asyik rushing je nk pegi keje :(
ReplyDeleteTerima kasih :)