Susah ke IELTS? Apa tips untuk IELTS? Macam mana cara untuk lulus IELTS? Bagaimana cara untuk dapatkan band 6 7 8 9 IELTS? Aku tak power sangat english, memang sejak sekolah rendah dulu lagi memang rendah markah bahasa inggeris aku. Aku ingat lagi budak yang lahir tahun 1992 ni selalu jadi bahan eksperimen, kejap semua mata pelajaran guna bahasa inggeris kejap bahasa melayu. Aku tengok dari dulu sampai sekarang ada je yang main sekejap sekejap tu.
Aku rasa bahasa inggeris ni penting terutama sekali zaman sekarang ni, semua majikan nak orang yang hebat bahasa inggeris. Sama macam korang yang ada cita-cita nak pergi study atau stay oversea, korang kena ambil ielts ni dan lulus. Aku ada baca cerita yang orang tu ambil sampai sepuluh kali tak lepas-lepas IELTS. Aku pun mula la paranoid nak buat ke tidak atau boleh hilang duit 750MYR sekelip mata sahaja dan mungkin kalau sepuluh kali dah 7500MYR. Tak sanggup.
Bukan nak kata tak sanggup demi ilmu sebab dalam negara pon 7500MYR korang boleh habiskan master juga. Tak perlu susah-susah nak pergi oversea. Ini pemikiran paranoid aku la.
Aku takde tips sangat tentang cara lulus IELTS pada pertama kali sebab aku pun terkejut aku boleh tahap macam tu. Aku rasa masa speaking dengan interviewer tu punya la aku nervous. Sikit lagi nak mintak pergi toilet. Phewww. Interview memang not my favourite at all. Aku tak suka interview yang jenis dah bertarikh dan tersedia tempat. Aku suka jenis interview spontan macam cakap dengan kawan yang dah lama tak jumpa ( lol, buat negara sendiri kalau nak macam tu ).
Apa persediaan aku untuk IELTS adalah buat latihan untuk writing, reading dan listening. Aku buat latihan dari buku first Cambridge IELTS sampai buku sembilan. Berpinar mata aku setiap hari, bergegar otak aku setiap hari dan mulut pun rasa nak berbuih. Aku boleh dikatakan practice freak.
Macam mana cara aku jadualkan latihan aku setiap hari? Pada mulanya aku start dengan 1 latihan setiap hari. Sikit? Sebab aku tak boleh stress study, aku kena tenang baru aku boleh fokus. Aku setkan masa setiap latihan untuk listening, reading dan writing.
Untuk listening, aku pakai headphone untuk dengar percakapan orang tu. Kadang-kadang aku guna speaker untuk biasakan diri dengan keadaan yang bakal kau hadapi dalam dewan. Dewan dekat park royal sangat luas dan mungkin korang tak sempat nak catch up apa dia cakap sebab slang english dia paling power kau pernah dengar ( kalah british accent Adele ). Be prepared.
Untuk reading (60minit), korang kena keep practice. Kalau dah habis practice dalam buku Cambridge IELTS tu korang boleh cuba cari latihan lain supaya korang biasa dengan bahasa dan masa yang diberikan untuk reading. Aku bajet untuk passage yang senang adalah 15 minit, passage yang separa susah 20 minit dan passage yang susah 25 minit.
Untuk writing, ini part paling aku tak suka selain speaking. Aku tak pandai menulis bahasa inggeris dengan grammar yang perfect. Yang ni aku banyak refer kepada essay contoh yang boleh diambil daripada pelbagai sumber di google. Contoh search yang aku selalu buat : IELTS Writing Task 1 Band 7/8/9 atau IELTS Writing Task 2 Band 7/8/9. Nak cari yang band rendah pon bagus juga sebab korang boleh tahu/bandingkan apa yang orang tu tulis sampai dapat band rendah dalam essay. Aku kaji seketul-seketul benda tu. Untuk writing task 1, aku keluarkan semua ayat yang power-power yang aku rasa tak pernah terfikir dan tulis dalam nota supaya aku boleh guna nanti. Sama juga dengan writing task 2.
Untuk speaking, hari paling nervous dalam dunia adalah hari speaking secara berjadual dengan stranger. lol. Topik yang aku dapat hari tu tentang orang yang pernah keluar dekat tv dan cerita tentang perihal dia untuk task 2, senang dan aku dah prepared cuma aku nervous sampai tergagap-gagap. Aku ingat dah dapat band rendah untuk speaking tapi at the end its good mungkin interviewer tu baik hati sebab tengok aku nervous. Tapi memang serious aku cakap entah apa-apa sampai aku lupa apa aku dah cakap tapi i think isi yang aku cakap tu memang power dan mungkin boleh jadi salah satu sebab juga. Praktis dengan kawan-kawan atau family atau dengan cermin (hehe, no option).
Hi, sebelum ni i've tried email semua pratice yang aku buat tapi tak boleh nak upload sebab besar sgt files tu. maybe you guys can try google it because sebelum ni aku google je.
13 comment
Hai alya. Kita singgah blog awak sebab tengah fikir nak amek IELTS. Ada tak buku latihan IELTS? Boleh emailkan dekat kita? fatinsyazanaredzuan@gmail.com
ReplyDeleteBoleh lawat blog kita:
syazaredzu.blogspot.com
Thank you for your tips! Sangat membantu ;)
hi alya.. boleh emelkan buku IELTS tu tak? zatymazni@gmail.com.. thanks a lot.
ReplyDeleteHi Alya, boleh email kan buku IELTS kat nana871@gmail.com x? Trima kasih ye ��
ReplyDeleteHi alya..Kalau tdk keberatab, boleh tak rmailkn buku IELTS pada nurul juga? nurul_izdihar10@yahoo.com
ReplyDeleteTq :)
Hi alya..Kalau tdk keberatan, nk juga boleh tgk buku iets tu?
ReplyDeleteviviana_mohammad@yahoo.com
T.kasih ye
Hi alya .kalau x keberatan boleh x tngok note2 awak😊
ReplyDeleteemail-nuraswad41@yahoo.com
DeleteHi Alya, Harap sgt dapat share softcopy buku IELTS.
ReplyDeleteJazakillah.
hneet81@gmail.com
Hi kak Alya! Harap sangat akak boleh share softcopy buku IELTS tu. Thank you. edrinanazrin@gmail.com
ReplyDeleteHello kak alya! Harap akak boleh sharekan soft copy buku ielts tu :) tq
ReplyDeletealanynursabrina@gmail.com
Boleh ke tlg emel nota...jj.badsa@gmail.com...terima kasih
ReplyDeleteminta tolong emel yunza1212@gmail.com
ReplyDeleteminta tolong emel yunza1212@gmail.com
ReplyDeleteTerima kasih :)