#RESIPI : Daging Merah Ala Thai

August 27, 2016



Bahan-bahan:

1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (thailand mari)
Sedikit sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)

Cara-cara:

1. Daging yang dah siap direbus tu potong nipis-nipis.
2. Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kekuningan, ketepikan.
3. Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
4. Goreng-goreng sikit agak-agak garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
5. Masukkan daging tadi dan bawang besar yang dihiris kacau-kacau dan rasa garam dan gula.
6. Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
7. Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yang dihiris tadi.

Sumber

You Might Also Like

1 comment

Terima kasih :)

728 x 90

Like us on Facebook

INSTAGRAM