Telemovie Jubah Untuk Airin

August 16, 2016


Telemovie arahan Mohd Al-Bakari Harith terbitan Ardwerk Production Sdn Bhd ini memaparkan tentang konflik dan kekeliruan yang melanda seorang wanita dalam mengharungi kehidupan yang turut mengundang pelakon Uqasha Senrose, Ammar Titan dan Mubarak Majid mengisi slot drama Panggung Seri pada 16 Julai lalu, pukul 9.30 malam di TV1. 


PELAKON :

Siti Elizad Sharifuddin
Ungku Ismail Ungku Aziz
Uqasha Senrose
Eliza Mustafa
Mubarak Majid
Azizul Ammar Titan
Abdullah Helmi
Fetty Zul


SINOPSIS :

Mengisahkan tentang Airin Sofia, seorang model terkenal yang memiliki Agensi Lavendar Beauty bersama Melisa yang merupakan pengurusnya. Dia yang berada di puncak kegemilangan mula mencari diri sendiri selepas insiden kematian Ucu Cah. Hidup Airin berubah di mana beliau mula keliru. Ianya tidak mudah seperti yang disangka kerana beliau perlu menempuh banyak cabaran dan rintangan. Dugaan yang paling hebat apabila dia perlu berdepan dengan dirinya sendiri untuk berubah demi mencapai impiannya.

Airin terserempak beberapa kali dengan Fahri secara kebetulan. Airin mula menolak beberapa tawaran pertunjukan model dan ini membuatkan Melisa marah. Airin menghadiri kelas agama kendalian Fahri dan menjadi model muslimah untuk butik milik Nusaibah, adik Fahri. 

Melisa merancang bersama Ihsan untuk mengambil alih syarikat dan mensabotaj imej Airin serta mengupah Anuar untuk menculik Airin. Pak Seman yang merupakan ayah Anuar terserempak dengan tempat Airin disembunyikan oleh Anuar di kampungnya bertindak menghubungi polis dan mereka semua telah diberkas. Fahri mengambil keputusan untuk melamar Airin.


You Might Also Like

2 comment

Terima kasih :)

728 x 90

Flickr Images

Like us on Facebook

INSTAGRAM