MOVIE REVIEW : Train To Busan


Filem ini merupakan filem zombie seram yang diarahkan oleh Yeon Sang-ho dan dibintangi Gong Yoo, Jung Yu-mi, dan Ma Dong-seok. Kejadian ini berlaku di dalam sebuah kereta api ke Busan, apabila seorang penumpang yang terkena virus menjadi zombie lalu menyerang penumpang lain. Pada 7 Ogos, filem itu mencatat rekod sebagai filem Korea pertama 2016 yang memecahkan rekod penonton dengan lebih 10 juta.

PELAKON :

Yoo Gong sebagai Seok Woo
Soo-an Kim sebagai Soo-an
Yu-mi Jung sebagai Sung Gyeong
Dong-seok Ma sebagai Sang Hwa
Woo-sik Choi sebagai Young Gook
Sohee sebagai Jin-hee (as Ahn So-hee)
Eui-sung Kim sebagai Yong-Suk

SINOPSIS TRAIN TO BUSAN :

     Seok-Woo, bekerja sebagai seorang pengurus dana dan juga seorang yang gila kerja. Dia mempunyai seorang anak bernama Soo-an. Pada hari jadi Soo-an, Soo-an mahu bapanya untuk membawa dia ke Busan untuk melihat ibunya. Mereka menaiki KTX di sebuah stesen di Seoul dan antara penumpang lain di dalam kereta api tersebut adalah Sang-hwa dan isterinya yang hamil Seong-kyeong, pasukan besbol sekolah tinggi, seorang CEO kaya tetapi mementingkan diri sendiri, Yon-suk, Dalam gil dan Jon-gil, dan seorang lelaki yang kehilangan tempat tinggal juga menuju ke Busan.
               
      Apabila kereta api sudah bertolak dari stesen, seorang wanita terjatuh dan seluruh badannya menggeletar terdapat luka gigitan di kakinya. Beberapa minit kemudian, wanita itu menjadi zombie lalu menyerang atendan kereta api yang turut bertukar menjadi zombie. Jangkitan ini cepat merebak ke seluruh kereta api. Yong-guk, Jin-hee dan beberapa penumpang berjaya melarikan diri ke gerabak kereta api lain. Siaran berita laporan tentang wabak zombie di seluruh negara telah tersebar menyebabkan semua penumpang kereta api terkejut dan mengambil langkah selamat dari menjadi mangsa seterusnya.

Sinopsis seterusnya >> KLIK SINI <<

Inilah start berlakunya jangkitan zombie tu

Seok Woo dan Soo An dalam KTX untuk ke Busan berjumpa dengan ibunya

Dia ni macam dah jadi saiko sbb dia sorang je tahu pasal jangkitan zombie dalam kereta api tu

Budak ni yang start sebarkan jangkitan zombie dalam kereta api lepas kaki dia kena gigit

Salah sorang attendant kereta api yang dah dijangkiti, scary tak mekap dorang? haha

Dorang dah sampai stesen Daejeon tapi sunyi, tak ada orang

Dorang masuk dalam stesen pun sunyi juga

Last last kena serang dengan zombie dekat stesen tu

Dia ni la dikatakan hero dalam filem ni, korang rasa?

Zombie masa dalam terowong gelap, dia tak nampak manusia tapi dia react kepada bunyi

Hero dah kena gigit, tengok tangan dia ok?

Busan pun dah tak selamat

Pada pendapat aku, memang best cerita ni tapi memang tak sangka dua dua hero dalam cerita ni jadi zombie macam nak keluar air mata juga la aku. hahahaha. yang paling bengang, orang tua yang pentingkan diri tu, geram je nak campak keluar dari train tapi lastly macam karma jugak. Ada banyak scene atau part yang macam mendebarkan contohnya masa zombie datang serang lepas tu nak tutup pintum aku pun rasa nak berlari. Hahaha

Rating aku : 9/10
Rating imdb : 7.5/10

You Might Also Like

1 comment

Terima kasih :)

728 x 90